Trending By: SGMS Enal December 14, 2019 @ 2:41am

Penjawat Awam Langgar 20 Kereta Sebab Samun OKU!

Sebuah kereta Perodua Myvi melanggar beberapa kenderaan ketika memecut berhampiran Jalan Alor, Bukit Bintang selepas didakwa menyamun warga emas petang tadi.

Kejadian tersebut menyebabkan beberapa pembonceng motosikal bertindak mengejar pemandu kereta terbabit sebelum ditahan dan diserang orang awam. Beberapa rakaman video kejadian itu dikongsi seorang pengguna Twitter, Afnan Syahir sehingga diulang kicau lebih 7,700 kali dan mendapat hampir 3,500 tanda suka

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, kejadian yang melibatkan petugas Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) itu berlaku pada jam 4.50 petang.

“Menurut saksi, seorang penghantar makanan Grab yang turut merakam kejadian, suspek yang berusia 25 tahun telah menolak keluar mangsa, seorang orang kelainan upaya (OKU), daripada kereta, melalui pintu depan kiri.

“Selepas itu, saksi bertindak mengejar suspek dan mengarahkan untuk memberhentikan kenderaan. Namun, tidak diendahkan suspek.

“Ketika melarikan diri, suspek telah melanggar empat buah kenderaan sepanjang Jalan Pudu. Dia telah diberkas oleh orang awam di Jalan Brunei Utara pada 5.20 petang,” kata Zulkefly dalam satu kenyataan malam tadi.

Video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru turut tular di media sosial pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, anggota polis MPV 124 telah membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, kes masih dalam siasatan tentang kejadian sebenar OKU itu ditolak daripada keretanya.

“Kesemua pemandu kenderaan yang dilanggar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan namun suspek mengalami kecederaan di kepala,” jelasnya

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jun 2022
Trending Wed, 13 May 2020
Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Wed, 11 Jul 2018

Man Attacked by Acid at Jalan Raja Chulan

Here’s a tip on what to do when attacked by acid.

Trending Tue, 13 Aug 2019