Hiburan By: SGMS Enal December 14, 2019 @ 2:32pm

Anak Nora Meninggal Dunia

Anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, meninggal dunia akibat sesak nafas, pagi tadi.

Alif dipercayai ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya awal pagi tadi sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).

Lebih menyedihkan, Nora baharu saja tiba di Singapura untuk menghadiri sebuah acara, terpaksa berpatah balik ke Malaysia ketika menerima berita sedih itu.

 
 
 
View this post on Instagram

??????

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Alif Johan sebelum ini pernah tersenarai antara 20 protege program realiti Mentor Milenia 2019 di TV3.

Pada Mac 2017, peminat pernah dikejutkan berita kematian bapa Alif, komposer Johan Nawawi akibat serangan jantung.

Salam Takziah Nora! Alfatihah.

Oleh: Guy Masaki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Nov 2022
Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Eira Syazira Merajuk Sampai Ke Jakarta?

Bagaimanapun, saya sudah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat itu. Mereka melayan saya dengan baik hingga sanggup menunggu hampir tiga tahun. Sepatutnya, saya berhijrah ke Jakarta selepas melahirkan anak kedua, tetapi saya hamil tanpa sedar, tidak lama kemudian,

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Al-Fatihah…Tiada Lagi Adik Ikhwan

Al-Fatihah…Dari dia kita datang, kepada dia kita kembali.