Trending By: Salma Syahbuddin March 27, 2020 @ 1:00pm

Jangan Ambil Mudah Simptom Covid-19? Ini Mungkin Antara Soalan Lazim Yang Sering Diajukan Pesakit

Perkembangan terkini pandemik COVID-19 sedikit sebanyak membawa kebimbangan kepada kita, dan mungkin secara tidak langsung, membuatkan ramai yang mahu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik dan hospital berdekatan. 

Jika sebelum ini, individu atau pesakit yang mengalami demam atau batuk mungkin akan mengambil langkah mudah dengan berehat di rumah tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila simptom ini boleh mendatangkan panik di kalangan masyarakat kerana ia tersenarai antara simptom biasa Covid-19.

Sumber : Google

Menurut perkongsian seorang doktor perubatan menerusi laman Facebook nya, Dr Nur Izyan sempat berkongsi antara tiga soalan lazim yang sering ditanya oleh doktor kepada pesakit apabila mereka berkunjung ke klinik ataupun hospital.

 

“Doktor, saya nak check saya ada covid tak?sebab kejap lagi nak balik kampung, takut pulak bawak balik covid”

“saya risau laa doktor. Dah berapa hari ni asyik batuk, tolong check sikit saya ni ada covid tak”

Ini antara jawapan doktor atau petugas yang terlibat sekiranya berdepan dengan soalan pesakit ;

1. Doktor2 ni tak boleh pastikan awak2 ni positif covid ke tak hanya dalam 5-10 minit. Doktor hanya akan tanya awak beberapa perkara ni sahaja

A- ada simptom tak? (demam/batuk /sakit tekak/susah nafas)
B- ada baru balik dari luar negara tak?
C- ada jumpa/tinggal dengan sesiapa yang sakit atau disyaki covid tak?

Kalau ada A dan (B atau C), baru doktor akan masukkan dalam wad dan ambil sampel

Kalau ada B atau C sahaja, kami akan aturkan untuk ambil sampel tekak dan hidung di Hospital tertentu tapi anda perlu kuarantin.

Kalau takde A, B, C, takyah risau.. Jangan datang klinik ye kalau takde urusan

2.Sampel yang diambil pulak akan ambil masa 2-3 hari untuk tahu keputusan. Dan selagi taktahu keputusan, yang ada simptom kena stay dekat wad, yang tak ada simptom kena kuarantin dekat rumah.

3.Sampel pulak kena 2 kali ambil. Sekiranya kedua-dua keputusan negatif, barulah anda dikira negatif covid. Tak perlu kuarantin. Yang kat wad pun boleh balik kalau stabil.

4. Tolong jangan cakap sembarangan kalau tak pasti. Contoh “saya rasa semalam saya jumpa jiran saya baru balik Italy, saya rasa dia positif covid laa”

Menurut Dr Izyan, Covid-19 tidak boleh dikesan oleh doktor dalam tempoh beberapa minit pemeriksaan sahaja. Justeru itu, beliau juga meminta agar pesakit yang mahu ke klinik agar tidak membawa ahli keluarga bersama, kerana ia berpotensi memudahkan penyebaran penyakit.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Featured Tue, 23 May 2023

“Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

Aqish kata aktres wanita muda selalu buat content cringe.. siapa tu ek? 🥵😌

Trending Sat, 12 Dec 2020
Trending Tue, 20 Apr 2021
Featured Wed, 5 Apr 2023
Trending Thu, 21 Mar 2019

Kursus Motivasi Separa Bogel Kejutkan Ramai Pihak

Macam-macam lah manusia sekarang