Hiburan By: SGMS Faida February 1, 2019 @ 12:18pm

Drama AJL 33, Jom Tonton Misi Penculikan Cinta Malam ESOK!

Bersempena Anugerah Juara Lagu (AJL 33) dan Tahun Baharu Cina, TV3 mempersembahkan drama Misi Penculikan Cinta. Mengisahkan mengenai Cinta Farhani seorang penyanyi muda yang popular cuba melarikan diri daripada kehidupan penuh glamor sebagai artis.

Cinta mempunyai pengurus bernama Mika yang terlalu mengongkongnya. Mika diupah oleh mama Cinta, Datin Julia untuk menjaga dan mengawal pergerakan Cinta. Cinta merasa begitu tertekan dan bosan dengan kehidupannya. Dia mahu lari dan bebas. Ketika mahu menjalani penggambaran video klip di Langkawi, Cinta berjaya melarikan diri daripada Mika dengan bantuan Lili.

Lili merupakan peminat setia Cinta dan kerana terlalu meminati Cinta, Lili bersetuju untuk menculik Cinta. Lili juga telah memaksa abangnya Riki untuk menyembunyikan Cinta. Adakah Cinta dapat merasai kehidupan bebas yang dicarinya?

Saksikan drama Misi Penculikan Cinta lakonan Sissy Iman, Niezam Zaidi, Sweet Qismina. Alif Hadi dan Nur Aliah Lee di slot cerekarama pada jam 9 malam esok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Lafaz 2 Kalimah Syahadah, Marine El Himer Akui Sudah Memeluk Islam

Model dan bintang terkenal Perancis, Marine El Himer mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan dia sudah memeluk Islam menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.   View this post on Instagram   A post shared by 🇫🇷 […]

Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Takziah…Zila JohaRockstar Meninggal Dunia

Zila yang juga merupakan bekas peserta Seiras Seirama  telah meninggal dunia akibat sakit jantung

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Fri, 15 Feb 2019

‘Mana Ada Merajuk…’- Raja Ema Teruja Bakal Berlakon Filem

Lama tak tengok Raja Ema berlakon kan? Tak sabarnya!