Mimpi, Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Noir, Memorabilia dan banyak lagi antara lagu yang kini menjadi kegilaan ramai anak muda zaman sekarang. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya kumpulan ini semakin mencipta nama dalam industri seni tanah air.
K-Clique mencipta rekod peribadi apabila diumumkan sebagai Artis Tempatan Paling Banyak Distrim menerusi aplikasi Spotify sepanjang tahun 2019, menewaskan Faizal Tahir, dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Manakala, tangga keempat dan kelima dipegang oleh Sonaone dan Kumpulan Imsoniacks.
View this post on Instagram
Ariana Grande pula masih mengekalkan kedudukan pertama dalam senarai Artis Wanita Paling Bayak Distrim di Malaysia.
Selain itu, lagu hit dari Shawn Mendes dan Camilla Cabello berjudul Senorita berjaya meraih satu billion penstriman sepanjang tahun 2019.
Apapun, tahniah Xtra ucapkan buat kumpulan K-Clique kerana berjaya mencipta rekod peribadi walaupun masih baru dalam industri.