Hiburan By: Ad Ops July 19, 2018 @ 8:05am

Kaka Azraff Akui Tertekan

Mempunyai sasaran untuk menamatkan status solonya sebelum mencecah usia 30 tahun, tidak dinafikan penyanyi Kaka Azraff atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, akui tertekan apabila melihat teman-teman rapatnya telahpun mendirikan rumah tangga.

“Tipulah jika saya langsung tak terkesan apabila melihat rakan-rakan sudah berkahwin.

“Namun, saya percaya jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan… Sejauh mana kita mencuba, jika belum masanya, maka ia tidak akan terjadi.” Katanya kepada BH Online.

Akui sedang mengenali seorang jejaka dalam tempoh setahun, namun Kaka masih tidak mahu menjalinkan hubungan yang serius, hanya sekadar kawan.

“Memang kami berkenalan sepanjang tempoh setahun tetapi sekadar kawan.

“Buat masa ini, saya tak nampak sesiapa yang ingin membawa hubungan ke peringkat lebih serius.” Jelas Kaka

Tambah penyanyi dan pelakon itu, beliau kini mahu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kerjaya seninya. 

“Ini lebih mudah… Jadi fokus saya terhadap kerjaya tidak lari.”

Muncul dengan single terbaharu, berjudul Sibuk hasil kolaborasi bersama bekas anggota Sleeq, Aliff.

“Sibuk adalah lagu milik Alif yang sudah disimpan sejak enam bulan lalu. Entah mengapa, saya tertarik dengan melodi lagu itu yang dekat di hati saya.

“Alif akhirnya mengalah dan memberi kesempatan kepada saya untuk menyanyikan lagu itu. Buat masa ini, saya selesa bekerjasama dengan Alif sebagai komposer dan penerbit lagu saya.” Jelas Kaka ketika di majlis pelancaran single keenamnya.

Terdahulu, Kaka dan Alif bergandingan menerusi lagu Bukan Hal Aku yang membawa mereka mara ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-30.

Kepada peminat Kaka yang mahu melihat bakat lakonan beliau bolehlah menonton drama bersiri  Inai Yang Hilang, yang disiarkan disaluran ntv7.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

‘Jangan Tunggu Lama-Lama’, Pesanan Bekas Suami Fasha Sandha Curi Tumpuan

Jejai turut mendoakan ikatan pertunangan itu mengecapi kebahagiaan hingga ke jenjang pelamin. Insya Allah…

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Automobile Fri, 7 Feb 2020
Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya. […]

Kisah Viral Thu, 9 Nov 2023