Hiburan By: SGMS Faida April 6, 2019 @ 2:55pm

Sophia Fredskild Jatuh Cinta?

Tidak berputus asa dalam membuktikan minat mendalamnya terhadap dunia muzik, bintang yang semakin meningkat naik Sophia Fredskild kembali dengan sebuah lagi mahakarya bertajuk ‘Forever Mine’.

Lagu ini juga merupakan single Inggeris terbarunya dan telah dilancarkan pada 29 Mac 2019 lalu. Ia merupakan sambungan kepada lagunya yang terdahulu iaitu ‘Waiting For Love’ dan versi Melayu berjudul ‘Menanti Cinta’. ‘Forever Mine’ adalah lagu kedua dalam trilogi lagu-lagunya menceritakan kisah cinta seorang remaja.

Kali ini, kisahnya membawa kepada Sophia yang akhirnya menemui jejaka pilihannya untuk selama lamanya. Atas dasar itu lagu ini dinamakan ‘Forever Mine’. Ia mencoretkan detik dia bertentang mata dengan jejaka tersebut buat pertama kali dan perasaannya yang berasa malu serta gementar acap kali bersua kerana dia sudah sering mengimpikan kehadiran lelaki itu.

Video muzik lagu ini menterjemahkan mesej lagu dan menunjukkan Sophia dalam beberapa era berbeza sebagai simbol bahawa dia ingin bersama jejaka tersebut selamanya, di setiap tahun, abad dan era. Ia juga telah dirakam di berbagai lokasi termasuk sebuah salun rambut, sebuah taman dan beberapa babak di depan layer hijau untuk menggambarkan era-era yang berbeza.

Versi Bahasa Melayu lagu ini bertajuk ‘Cinta Selamanya’ dan akan dilancarkan sekitar Julai 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

Konsert ‘Senandung Malam Payung Teduh X Pusakata X Efek Rumah Kaca’ Hadiah Birthday Nabila Huda

Alahai sweetnyerrr Abil dan suami💗 Moga Neptunes Presents terus terbang tinggi!

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

Kenapa Nikita Mirzani Batal Hasrat Bersalin Di Singapura?

Tinggal dua hari sahaja lagi Nikita akan masuk hospital!

Featured Thu, 18 May 2023
Contest Tue, 27 Aug 2019

Sam Bunkface Trending Di Twitter, Gara-Gara Barai?

Apa agaknya yang Sam buat sampai trending ni?

Featured Wed, 25 Aug 2021

Taufik Hidayat & Lee Chong Wei Enggan Dedah Nama Individu Tawar Rasuah Perlawanan Sukan Asia Doha

Jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat, semalam membuat pendedahan yang mengejutkan apabila memberitahu terdapat cubaan mempengaruhi perlawanan dengan bayaran wang pada Sukan Asia Doha 2006 antara dirinya dan Lee Chong Wei dari Malaysia. Menerusi temubual di […]

Hiburan Sun, 17 Dec 2023

Tak Sabar Mahu Beraksi Di Konsert Berskala Besar, Amir Masdi Bersedia Perbaiki Kelemahan Diri

Bukan Amir Masdi je tak sabar, peminat pun excited sangat🥰🤩