Uncategorized By: Ad Ops February 27, 2018 @ 9:50am

8 Selebriti Wanita Barat Yang Sebenarnya Menderita Akibat Penyakit Teruk

Bila anda tengok artis-artis wanita Barat, ramai yang kelihatan hidup mewah dengan penuh glamour.

Tapi terkenal macam mana pun, mereka semua juga tak terkecuali dari terkena pelbagai jenis penyakit. Mereka pun manusia biasa juga, kan?

Jadi anda mungkin tak tahu sebenarnya ada segelintir artis kegemaran ramai ini sebenarnya sedang menderita akibat penyakit-penyakit yang serius.

Jom tengok 8 daripada mereka, dan apa penyakit mereka:

1. Selena Gomez

www.popsugar.com

Setelah Selena mendaftarkan dirinya ke dalam pusat pemulihan, ramai yang menganggap dia terlibat dengan dadah. Selena akhirnya berterus-terang dan mengatakan bahawa dia disahkan menghidap lupus. Lupus merupakan antara penyakit kronik “autoimmune” yang menyebabkan sakit sendi dan kepenatan. Kesan sampingan lain termasuklah depresi dan keresahan.

2. Halsey

www.bet.com

Penyanyi yang berasal dari Amerika ini ialah salah seorang dari 176 juta wanita yang menghidap penyakit Endometriosis, satu konsisi di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Penyakit ini boleh menyebabkan senggugut, kemandulan serta keguguran.

Halsey memberitahu majalah Vulture bahawa ketika berumur 20 tahun, dia dipaksa untuk beraksi di pentas walaupun dia baru saja mengalami keguguran yang didakwa berpunca oleh penyakit merbahaya itu. Kesiannya!

3. Venus Williams

www.siasat.com

Pernah suatu ketika nama Venus sering disebut-sebut dalam sukan tenis namun secara tiba-tiba prestasinya merudum. Akhirnya, adik beliau, Serena mengatasi kejayaannya. Pada tahun 2011, Venus terpaksa mengundur diri dari perlawanan US Open kerana dia disahkan menghidap Sjögren’s syndrome, satu penyakit autoimmune yang menyebabkan kekeringan mata, sakit sendi dan kepenatan.

Lebih 4 juta orang di Amerika Syarikat menghidapi penyakit ini, dan 9 daripada 10 adalah wanita. Walau bagaimanapun, Venus menafikan bahawa dia akan bersara dari sukan tenis dan sekarang sedang bekerja keras untuk kembali ke gelanggang.

4. Bella Hadid

www.greathairinspiration.com

Anda mungkin lebih mengenali Gigi Hadid memandangkan dia adalah teman wanita Zayn Malik. Tapi di persada fesyen, kakaknya Bella lebih aktif, mengukir namanya sebagai runway model. Pada masa yang sama, dia menghidapi Lyme disease, penyakit kronik yang akan melemahkan sistem imunisasi badan.

“Hidup ini selalunya bukan seperti apa yang kita lihat. Perkara yang paling susah tentang (kerjaya saya sebagai seorang model) ialah apabila saya diadili mengikut rupa, dan bukannya apa yang saya rasa,” katanya.

5. Jessie J

www.idolator.com

Penyanyi lagu Price Tag dari London ini mungkin kelihatan bertenaga dengan suaranya yang lantang namun dia sebenarnya menghidap penyakit Wolff-Parkinson-White syndrome. Ia menjejaskan jantung hingga menyebabkannya berdegup dengan kadar tidak sekata.

Walaupun dia dibelenggu dengan masalah jantung sepanjang hidupnya, Jessie berkata ia banyak membantu dirinya untuk menjadi seorang penyanyi.

“Saya mula menulis lagu sebab saya sakit. Bagi saya, itulah cara untuk lupakan situasi di mana saya sedang tak sihat.”

6. Zoe Saldana

www.elleuk.com

Pelakon Guardians Of The Galaxy ini pernah melakonkan banyak watak wanita gagah, tapi dia sebenarnya menghidapi penyakit autoimmune Hashimoto’s thyroiditis. Bukan dia je, adik beradik perempuan dan ibunya juga!

“Badan saya tidak cukup tenaga untuk menapis toksin. Jadi ia akan menyangka yang ia dijangkiti kuman dan sentiasa meradang,” katanya.

7. Lena Dunham

edition.cnn.com

Pelakon siri Girls ini juga menghidapi Endometriosis dan sedang bekerja keras untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit ini.

Sebelum ini, dia pernah mengumumkan tidak dapat menghadiri sidang media untuk Girls musim ke-6 kerana penyakit itu amat menyakitkan. Pada masa yang sama, dia bersyukur kerana ada pesakit lain yang tidak berpeluang untuk mengambil cuti bila-bila masa sepertinya.

8. Julianne Hough

www.eonline.com

Penari Amerika ini baru-baru ini mengakui dirinya salah seorang pesakit Endometriosis.

“Untuk masa yang lama, saya ingat sakit senggugut yang berpunca dari datang haid itu normal. Saya tak nak merungut kepada orang lain, jadi saya cuba atasinya secara senyap.”

Julianne kini ingin membuka mata wanita tentang penyakit tersebut dengan menjadi jurucakap untuk kempen “Get in the Know about ME in EndoMEtriosis” di Amerika.

Sumber: www.thisisinsider.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

Featured Thu, 4 Jul 2019

Figura Julai 2019: Hawa Rizwana, Wajah Pelaris TV3.

Hawa merupakan penyampai berita termuda di TV3!

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019
Featured Sun, 3 May 2020
Uncategorized Wed, 6 May 2020
Uncategorized Thu, 30 Apr 2020
Uncategorized Mon, 18 May 2020
Uncategorized Fri, 13 Sep 2019
Uncategorized Wed, 14 Mar 2018

Mudah & Confirm Sedap! Guna 3 Bahan Je Untuk Buat Brownies Atau Biskut Nutella

Tak mungkin ada orang di dunia ini yang tak suka Nutella. Dah lah lembut bila disapu di atas roti; gabungan coklat dan hazelnut dalam ramuannya juga memang perfect. Makan begitu saja pun boleh! Ooh, sedap yang […]