familuv By: Yanie Baharom March 4, 2019 @ 2:00pm

Bengang pasangan berlaku curang? Luahan di media sosial bukan caranya.

Hal rumah tangga terutama yang membabitkan sensitiviti memang tidak wajar didedahkan kepada orang luar

Lebih-lebih lagi mengadu domba dalam media sosial jika tidak berpuas hati dengan pasangan.

Tahukah anda, haram bagi seorang isteri itu menjatuhkan aib suami, begitu juga suami haram untuk mengaibkan isteri. 

Bagaimanapun, itulah situasi yang berlaku sekarang. Menjadi lumrah dalam sesebuah perkahwinan apabila berlaku pergaduhan, perasaan tidak puas hati pasti timbul lebih-lebih lagi jika membabitkan orang ketiga.

Ada sesetengah pasangan yang menggunakan media sosial sebagai tempat melepaskan geram kepada pasangan mereka tanpa sedar perbuatan itu sebenarnya membuka aib pasangan.

Penceramah bebas, Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Dini dalam satu perkongsian menegur agar pasangan suami isteri tidak berkongsi mengenai hal rumah tangga dalam media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Biar ilmu mengajarkan kita untuk letakkan emosi pada tempatnya.

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

“Jika terdapat masalah yang timbul dalam perkahwinan, perlu dijaga aib masing-masing. Hal rumah tangga tidak boleh sewenang-wenangnya diceritakan di media sosial. Suami dan isteri perlu jaga aib masing-masing.

“Meskipun ada hal yang berlaku dalam perkahwinan, itu hanya milik kita dengan pasangan. Termasuk hal di bilik tidur. Tahanlah diri daripada mengikut emosi dan meluahkan di tempat yang salah,” tulisnya lagi.

Da’i Wan, memuat naik status berkenaan  menerusi akaun Instagram miliknya, dua hari lalu, pada hari yang sama selebriti media sosial, Bella Astillah, mendedahkan kecurangan suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.

Aliff dikatakan berada di sebuah kelab malam bersama pelakon, Oktovia Manrose dan beberapa rakan lain. Mereka dilihat berpelukan dan dikatakan dalam keadaan mabuk.

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum, AND IT HAPPENED AGAIN. . . Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru2 ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dgn dia dlm tele tu. 2 hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete whatsapp dia dengan heroin tu. Saya cakap dgn dia I’m not a kid kalau tak ada apapa kenapa perlu delete? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah bella takde apapa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dgn dia ‘BACK TO ALLAH’ “ rupanya org yang nasihat dan comfort saya ni org yang sama2 pergi club dgn Aliff, menari2 peluk dan mabuk sama2. Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut. Terima kasih kepada Insan yg dm saya kalau tak, saya ni takkan tahu apapa hanya dgn Ayden je kat rumah. Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara. Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama2 yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 27 Sep 2019
familuv Tue, 24 Jul 2018

Second Child Syndrome Berpunca Daripada Sikap Ibu Bapa Yang Membezakan Anak-Anak

Di sebalik sifat mereka yang gemar memberontak dan keras kepala, anak kedua juga dikatakan paling sensitif dan unik berbanding yang lain.

familuv Thu, 7 Mar 2019

Inilah usia terbaik untuk mendapatkan zuriat bagi wanita

Sebelum hamil, pastikan anda bersedia untuk memikul tanggungjawab.

familuv Thu, 5 Jul 2018
familuv Mon, 1 Apr 2019

Inilah kemahiran yang ‘bapa moden’ perlu ada!

Setakat menghulurkan wang perbelanjaan sahaja tidak cukup!

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Disoal Nama Penuh, Respons Anak Eyra Hazali Buat Netizen Ketawa – “Hayder Qhalish Bin Tak Payah!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Baru-baru ini, Eyra berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter yang memaparkan […]

familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]

familuv Wed, 21 Aug 2019

Bolehkah betik menyebabkan keguguran? Ini jawapannya

Bukan semua boleh boleh dimakan ketika hamil.

familuv Tue, 17 Mar 2020

Ambil peduli apabila anak buat perangai!

Kanak-kanak faham jika dididik sejak kecil.

familuv Tue, 22 Jan 2019

10 ungkapan yang anda perlu kerap ucapkan kepada anak

Anak anda akan rasa lebih dihargai.