Uncategorized By: Yanie Baharom March 5, 2019 @ 12:00pm

Kendall Jenner dan Willow Smith hangatkan kempen terbaru Stuart Weitzman.

Mogul fesyen, Kendall Jenner dan bintang remaja, Willow Smith, menjadi wajah pelaris sekali gus tarikan terbaru Stuart Weitzman dalam melancarkan koleksi musim bunga 2019!

Kempen yang dirakamkan oleh Inez van Lamsweerde dan Vinoodh Matadin ini adalah sebahagian daripada empat siri kempen yang turut menampilkan pelakon Yang Mi dan model Jean Campbell.

Bagi anda yang sudah menyaksikan video kempen jenama ini iaitu Walk It Talk It, anda pasti tertarik dengan energi yang dipersembahkan empat bintang remaja berpengaruh ini.

“Teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen @stuartweitzman Spring 2019 bersama-sama @ yangmimimi912, @willowsmith dan @jean_campbell !!! #StuartWeitzman #SWWomen, “tulis Kendall di Instagram selepas pelancaran koleksi terbaru jenama kasut terulung itu.

Apa yang menarik mengenai koleksi Stuart Weitzman kali ini, ia menampilkan seleksi warna kulit (nude) yang cukup menggoda untuk variasi rekaan kasut tumit tinggi dan kasut but paras buku lali.

Foto: Stuart Weitzman Instargram

Ketua Pegawai Eksekutif Stuart Weitzman, Eraldo Poletto, memaklumkan kepada majalah Vogue, melalui kempen ini beliau mahu kecantikan wanita yang pelbagai dihargai kerana keunikan mereka.

“Fesyen adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menghargai kecantikan satu sama lain. Saya pasti, anda dapat melihat kesemua gadis melakukan itu sebagaimana dapat anda saksikan menerusi video Walk It Talk It!

“Umum biasanya mengaitkan semua warna dengan alat solekan, jadi kami terfikir bahawa kasut juga boleh mencipta momentum untuk hari anda dengan cara yang sama, di mana anda memilih warna asas yang sesuai untuk kulit anda,” tambah Poletto.

Foto: celebsfirst

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Uncategorized Wed, 14 Feb 2018

Desakan Doktor, Ifa Raziah Mengaku Pernah Bikin Body!

Demi mendapatkan raut wajah yang sempurna, senyuman yang menawan dan bentuk tubuh menggiurkan, kaedah menjadi pilihan bagi mereka yang obses pada kecantikan adalah dengan melakukan suntikan wajah termasuk  plastik surgeri dan rekonstruksi.

Featured Thu, 5 Sep 2019

Colours of Unity, ransang semangat patriotisme dalam fesyen

Setiap helaian adalah ekslusif kerana ia adalah buatan tangan sepenuhnya

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019
Uncategorized Mon, 12 Mar 2018

Hidangan Itik Panggang Di Restoran Norazlina Chong Setapak, Ya Memang Halal!

Bila anda nampak je itik panggang yang dijual di gerai-gerai makan, mesti anda rasa hampa sebab selalunya itik itu tak halal.

Uncategorized Wed, 6 May 2020
Uncategorized Sun, 11 Mar 2018

Keluarga Ini Bersenam Bersama Selama 6 Bulan, Hasil Transformasi Mereka Memang Mengagumkan

Kadang-kadang bersenam dan berdiet beramai-ramai lagi seronok, terutamanya bila anda bekerja kuat ke arah target yang sama.

Uncategorized Mon, 8 Jan 2018

Apa Itu ‘Meruang’? Ini 5 Perkara Wanita Malu Bertanya Tentang Kesihatan Vagina

“Ish, memang tak selesa kalau ada keputihan ni. Ada kawan aku kata kena bersihkan. Tapi nak bersihkan macam mana? Patut jumpa doktor ke, kena makan jamu ke, atau ada rawatan khusus?” Setiap wanita pasti mementingkan […]

Uncategorized Thu, 14 Feb 2019

Figura Februari: Romantika Aeril, Wawa

7 tahun mendirikan rumah tangga, Aeril dan Wawa terus romantis!

Trending Mon, 26 Feb 2018

Resepsi Fairy Tale #fattzura. And They Live Happily Ever After…

Setelah bergelar suami isteri selama tiga bulan, pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura diraikan dalam satu majlis resepsi penuh romantis bertemakan ‘Fairy Tale’.