Uncategorized By: Yanie Baharom March 12, 2018 @ 3:19pm

Sentuhan Magis Jurusolek ‘Degree’, Mencecah Pendapatan 5 Angka Sebulan!

“Belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya jadi jurusolek?” Barangkali mereka sudahpun terbiasa berdepan reaksi seperti itu atau juga sudah lali dihujani soalan sedemikian daripada pelbagai pihak sebaik mengetahui latar pendidikan keempat-empat pemuda  kacak ini.
 
Meski ada yang beranggapan pilihan kerjaya mereka sebagai jurusolek selebriti, seolah mempersia-siakan segulung ijazah yang ada, namun hal itu sedikitpun tidak membuatkan MUA (Make Up Artist), Syed Mohammad Faizal Syed Noh (Syed), 34, Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar (Syedewa), 30, Ahmad Muzairi Mohd Muzamer (Ary Muzamer), 31, mahupun Mohammad Sahir Mohd Sabri (Sahir), 29, berasa menyesal.
 
Apatah lagi, dengan keupayaan mereka menjana pendapatan lumayan setiap bulan sehingga mencecah lima angka, hasil daripada karya solekan yang mendapat permintaan ramai. 
 
Syedewa yang memiliki Ijazah Teknologi Kimia dan Ijazah Sarjana Genetik Molekul dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), misalnya menerima bayaran RM2000 untuk satu sesi solekan pengantin.
 
“Itu kadar bayaran untuk satu sesi solekan pengantin. Memang tidak dinafikan, selalunya pendapatan boleh mencecah lima angka tapi kena kuat kerjalah!,” kata jurusolek kepada beberapa nama terkenal antaranya Rozita Che Wan dan Ziana Zain ini.
 

Foto : NSTP

 
Mengakui tidak pernah berasa kesal dengan keputusannya, meskipun tawaran pekerjaan di dalam industri penyelidikan sains sentiasa terbentang luas selain menjanjikan pendapatan tetap yang lebih menjamin.
 
“Bidang sains bukanlah satu pekerjaan yang saya minati. Kalau ikutkan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dulu saya berhasrat melanjutkan pengajian di dalam Komunikasi Massa. Akan tetapi hasrat itu dihalang oleh keluarga yang meminta saya 
meneruskan pengajian di dalam bidang Sains memandangkan saya pelajaran aliran sains masa di sekolah menengah.
 
“Bagaimana saya boleh terjebak dalam bidang solekan, semasa di universiti dulu ada kegiatan kokurikulum dan saya ambil persembahan teater. Dari situ saya belajar solekan cantik dan solekan kesan khas.
 
“Oleh kerana minat yang begitu mendalam terhadap dunia solekan, saya dan rakan saya, Nuex Rosli, kami membuka satu blog untuk berkongsi karya solekan kami, seterusnya website. Mungkin sudah tertulis rezeki kami, ada satu majalah mengundang kami untuk menatarias pelakon Ainul Aishah dan sesi solekan itu dikendalikan oleh Nuex.    
 
“Tanpa disangka pelakon itu suka dengan hasil kerja kami dan dialah yang banyak mencadangkan nama pada peringkat awal dulu. Alhamdulillah berterusan sampai sekarang, dah masuk 10 tahun,” katanya kepuasan apabila pelanggan dan orang ramai menyukai serta menghargai hasil sentuhannya.
 

Foto : NSTP

    
Menghala perbualan kepada Syed Faizal juga pemilik Ijazah Perhubungan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, minat menyolek berputik sedari usia 12 tahun lagi.
 
“Saya mula bermain dengan alat solek sedari usia 12 tahun dan wajah ibulah yang menjadi kanvas pertama saya. Saya bersyukur kerana ibu tidak menghalang minat saya, cuma dia pesan fokus pada pelajaran sampai dapat sejulung ijazah, kemudian saya berhak menentukan pilihan kerjaya saya,” katanya.
 
Sempat mengutip pengalaman kerja sebelum mengambil keputusan untuk fokus sepenuhnya kepada solekan, Syed Faizal sebelum ini pernah bekerja dengan sebuah syarikat telco, kemudian menyertai TV3 untuk pengurusan imej seterusnya ditawar menjadi produser dan pembaca berita untuk berita Hot FM. 
 
Selain itu dia juga pernah bekerja dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie termasuk menjadi stylist dan jurusolek peribadi bekas penyampai radio terkenal, Farah Fauzana, selama dua tahun.
 
Berbeza dengan Syedewa dan Syed Faizal, Ary Muzamer mula jatuh cinta dengan dunia solekan sesudah melangkah ke alam universiti. Graduan Ijazah Pengurusan Seni Kulinari UiTM, memanfaatkan cuti semester sewaktu peringkat diploma untuk 
menyolek pelanggan bagi menampung pendapatan keluarganya.
 

Foto : NSTP

 
“Masa zaman kanak-kanak, saya seperti kebanyakan budak lelaki lain yang tidak tahu menahu langsung apa itu alat solek. Saya mula tahu pasal solekan pun masa buat diploma dulu. Itupun sebab saya tertarik dengan perniagaan pengurusan majlis 
perkahwinan.
 
“Kebetulan ada seorang kenalan mengajak saya menyertai kelas solekannya kerana jika saya mahu menceburi bidang itu secara serius, saya perlu ada pengetahuan dalam solekan.
 
“Pertama kali belajar menyolek, saya terus jatuh suka kerana sangat tertarik dengan keindahan disebalik ‘make over’ yang mampu mengubah wajah biasa-biasa kepada luar biasa. Sekaligus dapat memberi nilai tambah kepada keyakinan diri seseorang. 
 
“Mungkin melihat saya ada kebolehan menyolek, kawan saya itu menawarkan peluang buat ‘makeup’. Apalagi menyedari niat saya masa itu betul-betul nak bantu keluarga memandangkan ibu saya seorang ibu tunggal yang terpaksa menyara kos pengajian saya dan adik serentak,” katanya yang sering menatarias wajah Erra Fazira, Raja Azura, Fasha Sandha dan Che Ta.
 

Foto : Hijab & Heels

 
 Sementara itu, Sahir juga graduan UiTM Shah Alam dengan kelayakan Ijazah Seni Rekaan, berkecimpung dalam bidang solekan atas dasar ajakan rakan-rakan ‘makeup artist senior’. Antara artis tempatan yang pernah ditatarias olehnya adalah Jihan 
Muse, Sharifah Sakinah, Sherry Ibrahim dan Hunny Madu.
 
“Kalau ikutkan bukan saya yang memilih bidang solekan, tetapi bidang ini yang memilih saya. Rakan-rakan terdiri daripada jurusolek senior, mereka lah membuka peluang kepada saya.
 
“Tak sangka minat menyolek kawan-kawan masa kecil-kecil dulu, rupanya takdir perjalanan karier saya sekarang ini. Mula berjinak-jinak menjadikan ia satu sumber pendapatan masa belajar dulu.
 
“Terus-terang saya tidak pernah merasakan satu kerugian tidak menggunakan kelayakan yang saya ada di dalam bidang sepatutnya kerana memang kebanyakan teman-teman graduan seni rekaan, akhirnya menceburi bidang lain.
 
“Saya suka melihat hasil kerja saya diperlihatkan dalam majalah fesyen untuk dikongsikan kepada umum,” katanya.
 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

Uncategorized Wed, 21 Aug 2019

Lemah nafsu syahwat, Insomnia atau asma? Jom pekena teh bunga telang!

Bukan 1 tapi 17 kebaikan bunga biru ini untuk kesihatan

Uncategorized Wed, 3 Apr 2019

Lelaki berusia beri risiko lebih tinggi kepada bayi berbanding wanita!

Jangan ingat wanita berusia sahaja yang boleh beri risiko kepada bayi.

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019
Uncategorized Fri, 13 Sep 2019
Featured Thu, 4 Jul 2019

Figura Julai 2019: Hawa Rizwana, Wajah Pelaris TV3.

Hawa merupakan penyampai berita termuda di TV3!

Sihat Wed, 27 Feb 2019

Ikuti 4 langkah urutan refleksologi bagi anda yang sukar tidur

Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada tidur yang nyenyak selepas penat bekerja sepanjang hari.

Uncategorized Tue, 13 Feb 2018

Bercuti Bukan Nak Tambah Berat Badan, Ikuti 8 Tip Berikut Untuk Maintain

Kebiasaannya, ketika bercuti ramai yang memilih untuk tidak berdiet. Sebab itu ramai yang berat badannya bertambah apabila pulang daripada bercuti.

Uncategorized Tue, 27 Feb 2018

8 Selebriti Wanita Barat Yang Sebenarnya Menderita Akibat Penyakit Teruk

Bila anda tengok artis-artis wanita Barat, ramai yang kelihatan hidup mewah dengan penuh glamour. Tapi terkenal macam mana pun, mereka semua juga tak terkecuali dari terkena pelbagai jenis penyakit. Mereka pun manusia biasa juga, kan?

Uncategorized Sun, 11 Mar 2018

Keluarga Ini Bersenam Bersama Selama 6 Bulan, Hasil Transformasi Mereka Memang Mengagumkan

Kadang-kadang bersenam dan berdiet beramai-ramai lagi seronok, terutamanya bila anda bekerja kuat ke arah target yang sama.