Trending By: SGMS Faida September 6, 2018 @ 8:00am

Tenang…BSN Jawab Isu Duit Hilang Dalam Akaun

Susulan kekecohan pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mendakwa duit mereka hilang, pihak bank telah tampil memberi penjelasan.

BSN menjelaskan bahawa tiada pemotongan atau pengurangan wang berlaku dalam akaun simpanan.

Menurut notis yang dimuat naik di Facebook rasmi BSN, pihaknya memohon maaf di atas kekeliruan dan kesulitan yang dialami pelanggan.

“Untuk makluman pelanggan, tiada sebarang pemotongan atau pengurangan wang dalam akaun simpanan anda.

“Ini adalah kerana sistem memaparkan jumlah baki untuk pengeluaran tidak termasuk dengan jumlah baki minimum pelanggan (mengikut jenis akaun),” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan, sebanyak RM10 perlu dikekalkan dalam akaun sebagai jumlah minimum yang harus disimpan dalam akaun simpanan pelanggan.

“Untuk mengelak sebarang kekeliruan, sistem akan memaparkan baki sebenar pelanggan dalam tempoh terdekat ini.

Bank tersebut menaik taraf perkhidmatan sejak 31 Ogos hingga 4 September. Okay, jangan ‘cuwak’ lagi ok? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 2 Apr 2022
Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] “Rendahkan Diri Dengan Suami, Kekal Humble Walau Tinggi Mana Pun…” – Amyra Rosli

Tak semua wanita ada mindset macam ni 🫡 Cayalah Amyra ✌🏻🥰

Trending Wed, 18 Sep 2019

“Sampai Bila Nak Tunding Jari?”-Perang Jerebu Semakin Parah, Apa Solusi Malaysia Dan Indonesia?

Sampai billa rakyat Malaysia perlu menanggung derita akibat tindakan melampau negara Indonesia?