Trending By: Ad Ops March 28, 2019 @ 2:31am

Fakta Menarik Tentang LIMA 19!

Langkawi International Maritime Aerospace Exhibition (LIMA 19) baru sahaja membuka tirainya di Langkawi. Pameran ini merupakan pameran maritim aeroangkasa yang terbaru yang akan berlangsung bermula dari 26 sehingga 30 Mac 2019.Terbuka khusus untuk delegasi dan pelawat perdagangan dari 26-28 Mac dan dibuka kepada khalayak umum pada 29 dan 30 Mac). Bertempat di MIEC dan Resort World Langkawi.

Apa yang korang perlu tahu mengenai LIMA edisi ke-15 pada kali ini? Pameran penuh berprestij ini diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi dan Resort World Langkawi.

LIMa 19 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohd. Peristiwa ini mengimbau saat Tun Mahathir melancarkan LIMA pertama kali pada tahun 1991.

LIMA edisi ke-15, menyaksikan LIMA menjadi tuan rumah delegasi perniagaan dari 32 negara dan 406 syarikat pertahanan dan komersial dengan 200 perniagaan antarabangsa.

Semua produk dan perkhidmatan mereka akan dipamerkan sepanjang pameran lima hari, sehingga 30 Mac di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).

Kira-kira 42,000 pelawat perdagangan dijangka berhimpun di LIMA`19, bukan sahaja untuk melihat produk dan perkhidmatan terkini yang ditawarkan peserta pameran tetapi juga meneroka potensi perniagaan terutamanya dengan syarikat berpangkalan di Malaysia.

LIMA`19 terdiri daripada 60 peratus pertahanan dan 40 peratus komersial dianjurkan secara bersama oleh EN Projects (M) Sdn Bhd, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan.

Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan disokong oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi-sgensi di bawahnya dalam menganjurkan seminar industri, mesyuarat perniagaan dan perbincangan untuk menggalakkan penglibatan perniagaan serta menampilkan inisiatif kerajaan terhadap pembangunan industri kemudahan perdagangan.

Pelancaran LIMA 19 disertai dengan  pertunjukan udara oleh TUDM seperti Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet, Hawk 108/208, Airbus A400M, Pilatus PC-7 MK II, helikopter EC725 dan Sikorsky S61A-4.

Penjualan tiket masuk akan bermula pada Januari 2019 di laman web rasmi www.limaexhibition.com

 
 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 7 Dec 2022

Nusa Fest Bakal Menggabungkan Tiga Negara Dalam Satu Lokasi!

Untuk suku pertama 2023, Shiraz projects Sdn Bhd bakal membawakan kepada khalayak ramai sebuah festival yang bakal menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi pada Sabtu dan Ahad, 4 & 5 […]

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Tue, 13 Sep 2022

Terpaling Juara: Didakwa Sengaja Ubah Lirik Jadi ‘Hiasan Sanggul’, Shaz Akui Gementar Bawa Lagu Siti Nurhaliza

Kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya akan hancurkan hati sendiri dan kapten – Shaz Terpaling Juara

Trending Sun, 4 Sep 2022
Trending Sat, 10 Aug 2019

Anak Tercekik Blok Mainan, Ibu Pula Yang ‘Lemas’

Bahayanya mainan ini pada anak-anak kecil ya. Pantau serapat yang boleh.

Events Wed, 8 Mar 2023
Trending Tue, 1 Sep 2020

Bakal Bergelar Ibu, Zahirah MacWilson Umum Hamil 6 Bulan

Tak sabar nak tengok baby, mesti comel ????