Trending By: SGMS Enal November 30, 2019 @ 8:09am

Kena Hentak Sampai Nampak Otak Hingga Maut

Seorang wanita maut dalam keadaan sebahagian daripada otaknya terdedah apabila bekas teman lelakinya memukul kepala mangsa menggunakan tukul pada malam hari lahirnya yang ke-33.

Sandra Zmijan ditemui maut di taman belakang rumah bekas kekasihnya, Wojciech Tadewicz di London pada September tahun lalu.

Wanita itu dikatakan mengambil masa satu jam sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah diserang lelaki yang didakwa cemburu itu.

Sandra berpisah dengan lelaki berkenaan setelah dia enggan berhenti menggunakan dadah untuk meningkatkan kecergasan yang membuatkan lelaki berkenaan mengalami delusi paranoid.

Menurut The Sun, suspek mendakwa dia mengalami masalah mental pada detik kejadian yang membuatkan dia tidak mampu mengingati apa yang berlaku pada malam tersebut.

“Saya tidak ingat apa yang jadi tapi saya tak akan mencederakan Sandra dan tidak akan membunuh sesiapapun,” kata suspek menafikan tuduhan membunuh tersebut.

Perbicaraan bagi kes ini masih berjalan.

Sumber: The Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Jun 2021
Featured Wed, 8 Dec 2021

Bayi Perempuan 4 Bulan Lemah, Pucat Sebelum Meninggal Dunia

Seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang dilaporkan lemah ketika berada di rumah pengasuhnya, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada Selasa. Terdahulu, pengasuh itu menghubungi ibu bayi itu pada […]

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Trending Sat, 14 Aug 2021
Featured Wed, 5 Apr 2023