Trending By: SGMS Faida April 30, 2018 @ 1:45pm

‘Kota Hiburan’ Ala Disneyland Dibuka Di Riyadh

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bersama Putera Mahkota Mohammed Salman melancarkan ‘kota hiburan’ yang bertujuan untuk meningkatkan sumber ekonomi.

‘Kota hiburan’ berkeluasan 334 kilometer persegi di Qiddiya, barat daya Riyadh itu diibaratkan Disneyland yang turut bertujuan menambah baik hubungan sosial antara penduduk, lapor Reuters.

Antara bentuk hiburan yang terdapat di situ terdiri daripada Taman Tema Six Flags, litar permotoran, karnival kebudayaan, taman tema air, dan kompleks penginapan.

Menurut sumber, ‘kota hiburan’ itu bakal menyaksikan 1.5 juta pengunjung ketika pembukaan rasmi fasa pertama pada 2022.

Media tempatan melaporkan bahawa perbelanjaan infrastruktur kota hiburan ini mencecah AS$8 bilion (RM31.36 bilion).

Dalam perkembangan lain, kerajaan Arab Saudi pada bulan ini telah meluluskan tayangan filem pertama kepada orang awam selepas 35 tahun menyekat operasi panggung wayang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Jan 2022
Trending Fri, 19 Feb 2021

Boleh Semak Status Pembayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Kategori 2 Bermula…

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan […]

Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Tue, 19 Mar 2024

“Jangan Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Saya”- Adira Suhaimi

Haa, agak-agak statement tu Adira tuju pada siapa??? Cuba teka…

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Thu, 2 Nov 2023