Trending By: Attiqah Mohd August 7, 2019 @ 8:18pm

Media Prima Digital Dan Ziff Davis Umum Kerjasama Dengan IGN Southeast Asia

Media Prima Digital, satu daripada syarikat media digital terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat media digital global Ziff Davis, yang merupakan sebahagian dari J2 Global, untuk mengendali operasi IGN Southeast Asia (sea.ign.com) untuk penggemar hiburan dan permainan digital di
Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

IGN adalah jenama media terkenal di dunia dalam kalangan peminat permainan digital, filem dan hiburan, kini tersedia dalam 30 edisi antarabangsa, 26 bahasa dan meliputi 115 negara. IGN mencapai audien global sebanyak 196 juta pengguna di seluruh laman web, video dan platform sosial (Google Analytics & platform metrik, purata bulanan pada Q1 2019).

IGN merupakan satu daripada jenama media yang paling maju di dunia, bukan sahaja dalam bidang hiburan, malahan dalam pelbagai kategori. Profil globalnya (world.ign.com) menawarkan peluang unik untuk para pengiklan, yang memberi skala dan perkaitan tempatan (“local audience reach”) dalam setiap pasaran utama di seluruh dunia.

IGN Southeast Asia menyesuaikan formula IGN untuk audiens tempatan yang berminat untuk mendapatkan kandungan asli terbaharu, mewujudkan platform unik untuk jenama melibatkan diri dengan pengguna melalui pengiklanan, penajaan dan juga acara tapak.IGN Southeast Asia juga akan membantu syarikat-syarikat di rantau ini untuk mencapai pelanggan merentasi dunia, melalui rangkaian global IGN.

Kerjasama baru untuk IGN Southeast Asia menyusuli perjanjian yang sama di antara anak syarikat Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), REV Asia, dengan Ziff Davis pada tahun 2018 untuk Mashable Southeast Asia (sea.mashable.com), serta kerjasama berasingan di rantau Asia seperti IGN Japan dan IGN China, dan di seluruh dunia termasuk Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan India.

Kini, aset-aset digital utama Media Prima termasuk SAYS, OHBULAN!, Viralcham, BH Online, NST Online dan My Metro, yang menyumbang kepada trafik keseluruhan Kumpulan sebanyak 14.2 juta pelawat unik bulanan.

Media Prima juga baru-baru ini menjadi pilihan #1 dalam kandungan mudah alih (“mobile content”). Melalui kerjasama baharu ini, Kumpulan berharap untuk memperluaskan jangkauannya merentasi rantau sambil meningkatkan pertumbuhan pendapatan digitalnya.

Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, berkata:

“Kami sangat teruja untuk terus memperkukuh kerjasama kami dengan Ziff Davis dengan kehadiran IGN Southeast Asia. Kami percaya bahawa kerjasama ini dapat membantu mempercepat kewujudan dan pendapatan digital Kumpulan di peringkat tempatan dan serantau, terutamanya dalam industri permainan digital merentasi pasaran utama lain di Asia Tenggara. Sebagai kumpulan media digital, kami sedar bahawa permainan dan e-sukan adalah masa depan dan kami akan menyokong dan mengembangkan industri tersebut di rantau ini.”

Adam Doree, Naib Presiden, Kerjasama Antarabangsa di Ziff Davis, berkata:

“Kami sangat bersemangat untuk mengembangkan kerjasama kami dengan Media Prima Digital yang merupakan salah satu daripada syarikat media digital utama di Asia Tenggara. Rantau ini menjadi tumpuan global bagi syarikat-syarikat hiburan dan permainan digital yang mencari pertumbuhan baru, dan kami percaya di bawah kepimpinan Media Prima, IGN Southeast Asia berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan para pelanggan sebagai destinasi utama peminat.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Raih Perhatian Penonton, Drama Bersiri Anak Sena Papar Sisi Berbeza

Mengangkat tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama bersiri Anak Sena yang sedang ditayangkan di TV3 ketika ini menarik perhatian ramai. Kisah yang sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu bukan sahaja tular dalam […]

Featured Tue, 13 Jun 2023
Trending Thu, 10 Dec 2020
Featured Wed, 25 Sep 2019
Featured Wed, 3 Aug 2022

Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Alamakk, bukan ke ini satu niat yang baik tapi lain pula jadi ni.. Apapun, moga impian Izara akan tercapai

Events Mon, 15 May 2023