Trending By: SGMS Faida July 3, 2018 @ 8:47am

TERKINI : Najib Ditahan SPRM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu.

Menurutnya, beberapa pegawai dan Najib kini dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Ditanya sama ada Najib hanya dibawa ke pejabat SPRM atau terus ditahan, Mohd Shukri berkata, terus ditahan.

“Kita akan terus tahan dan mereka (pegawai SPRM dan Najib dalam perjalanan),” katanya kepada sebuah portal berita tempatan, sebentar tadi.

Sementara Pasukan Petugas Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB turut mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap Najib Tun Razak pada pukul 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

Terdahulu, Najib dipanggil SPRM sebanyak 2 kali pada 22 dan 24 Mei lalu, manakala Rosmah disoal siasat agensi anti-rasuah itu pada 5 Jun lalu berhubung siasatan ke atas SRC International dan RM42 juta yang dimasukkan ke akaun bank Najib pada 2012.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 3 Feb 2023
Featured Fri, 23 Apr 2021

Pemeriksaan Terhadap Pelajar Datang Bulan Di Sekolah Tidak Sepatutnya Berlaku – Rina Harun

Susulan berita yang tular di laman sosial mengenai sebuah sekolah yang melakukan pemeriksaan datang bulan terhadap pelajarnya, malah mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa. […]

Trending Fri, 31 Aug 2018

Tangan Lelaki Ini Melepuh Selepas 12 Jam Makan Sushi, Akhirnya Terpaksa Dipotong

Lelaki ini telah dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria vibrio vulnificus.

Featured Fri, 11 Nov 2022