Trending By: SGMS Faida June 20, 2018 @ 3:04am

Pembantu Trump Undur Diri?

Pembantu Presiden Donald Trump, Joe Hagin, akhirnya meninggalkan Rumah Putih, semalam.

Beliau juga merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam menjayakan pertemuan antara Trump dan ketua Korea Utara, Kim Jong Un di Singapura.

Hagin, 62 yang pernah berkhidmat di bawah tiga presiden Republikan sebelum ini iaitu Ronald Reagan, George HW Bush dan George W Bush akan kembali berkhidmat di sektor swasta.

“Joe Hagin adalah aset penting dalam pentadbiran saya,” kata Trump sambil mengucapkan terima kasih ke atas lelaki itu kerana merancang dan melaksanakan antara lawatan luar negara yang amat bersejarah pernah dibuat presiden selama ini.

Hagin menyertai senarai panjang bekas petugas yang mengundurkan diri dari Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu, sama ada secara sukarela atau kerana dipecat. – AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Jan 2018

Sosial Media Punca Kes Cerai, Pasangan di Terengganu Mendahului Carta…

Penggunaan media sosial secara meluas menjadi salah satu pencetus kecurangan sehingga mendorong pasangan suami isteri membuat permohonan untuk bercerai.

Trending Mon, 24 May 2021

Park Bo-Young Nak Elak Nasib Malang Sampai Kena Buat Perjanjian Dengan Seo In-Guk? Jangan Lupa Saksikan K-Drama Best ‘Doom at Your Service’ Hanya di Viu!

Drama bersiri Viu Original yang bertemakan romantik dan fantasi, Doom at Your Service menemui peminat di Viu bermula 10 Mei yang lalu. Karya menarik ini mendapat sentuhan Kwon Young-Il selaku sutradara dan ia dibintangi oleh […]

Featured Fri, 5 May 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Berita Gembira Bakal Timang Cahaya Mata Ke-7, Reaksi Anak Bongsu Dr Sheikh Muszaphar Curi Perhatian Ramai – “Dia Tak Nak Terima”

Wahhh, permintaan Dr Sheikh nak tambah anak nampaknya dah tertunai! Alhamdulillah, moga semuanya baik-baik saja ❤️ Tahniah cap!

Featured Wed, 4 Jan 2023

AJL 37: Gementar Jadi Finalis Paling Muda, Iman Troye Akui Tercabar – “Dulu Saya Duduk Atas Sekali Di Kerusi Penonton, Sekarang Saya Tercalon”

Kejayaan yang amat membanggakan, baru dua tahun dalam industri dah layak masuk AJL 🥰 Tahniah Iman Troye 🤩