Trending By: Salma Syahbuddin July 18, 2019 @ 3:52pm

Penerima Ijazah Kelas Pertama Ini Sanggup Kerja Sambilan Sebagai Tukang Cuci, Bawa Ibu Bapa Ke UK

Apa yang paling membanggakan kedua ibu bapa selain melihat anaknya mencipta kejayaan setelah melalui kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Dan apa yang membuatkan cerita ini menjadi viral adalah disebabkan latar belakang saudara kita yang dikenali sebagai Muhammad Afiq atau Afiq si pengembala kambing.

Pemegang Ijazah Kelas Pertama di Universiti Of Essex, England

Mencipta kejayaan sebagai pemegang Ijazah Kelas Pertama di University of Essex, England dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan, semestinya kejayaan anak muda ini sedikit sebanyak memberi inspirasi buat golongan muda di luar sana untuk terus berjuang dalam bidang akademik.

Perkongsian yang dibuat oleh saudara Khairul Aiman Hamdan menerusi laman facebooknya mencuri perhatian netizen dengan kisah kehidupan beliau.

 
Selain mempunyai seorang abang kelainan upaya maka, beliau lah yang menjadi harapan ibu bapa untuk merubah nasib mereka sekeluarga. 
 
Dan selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Afiq telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dengan tajaan biasiswa daripada JPA di United Kingdom.
 
Bekerja Sebagai Tukang Cuci
 
Namun, apa yang lebih mengharukan, Afiq turut melakukan kerja sambilan sebagai tukang cuci di Universiti beliau.
Tujuannya cumalah satu, untuk mengumpul hasil gaji beliau sebagai hadiah buat ibu dan bapa ke England sempena majlis konvokesyen beliau.
 
 
 
“Sejuk perut ibu mengandung’ bila melihat anak yang dikandung 9 bulan mencipta kejayaan di luar negara kan?
 
Dan, rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah dan terharu dengan kisah perjalanan hidup beliau dari Kuala Krai sehinggalah ke Essex, England. 
 
Apapun, tahniah Muhammad Afiq dari kami di Xtra.com.my!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Jul 2018

Urgh Gatalnya! Ketahui Tentang Kutu Rambut

Jangkitan kutu kepala atau pediculosis terjadi apabila ditemui sekurang-kurangnya 10 ekor kutu hidup di atas kepala. Jangkitan boleh berlaku apabila rambut yang dijangkiti menyentuh rambut mangsa baru.

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Sat, 29 Jul 2023

“It’s A Boy!” – Remy Ishak Teruja Kongsi Momen Bersama Anak

Alhamdulillah, mesti comel baby boy Remy & Ezza ❤️

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Featured Wed, 13 Jul 2022

[VIDEO] Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Buka Mulut – “Apa Yang Boleh Saya Katakan….”

Tak ada angin, tak ada ribut tiba tiba muncul desas desus sebegini. Jangan terus mendakwa, dengar dulu apa kata tuan badan ya ☺️

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Trending Tue, 16 Jan 2024