Trending By: SGMS Faida September 10, 2018 @ 10:30am

Pengecualian SST Untuk Rokok Dan Warung Kecil

Kerajaan akan memberi pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melibatkan penyewaan warung kecil dan penjualan rokok kepada para pengendali kedai makanan dan minuman.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata selepas menerima pelbagai maklum balas daripada para peniaga kedai makanan dan minuman, pengecualian cukai SST ini harus diberikan kepada sewaan warung-warung kecil dalam perkarangan kedai.

“Pengendali kedai makanan dan minuman hanya dikenakan cukai SST selepas melebihi nilai ambang RM1.5 juta yang merangkumi makanan dan minuman sahaja dan kadar sewaan warung-warung ini bukan melibatkan makanan dan minuman. Jadi itu sewaan tidak perlu masuk dalam cukai SST,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Terdahulu, Lim, yang juga Anggota Parlimen Bagan, menghadiri sesi Taklimat SST bersama Menteri Kewangan yang dihadiri lebih 300 peniaga dan wakil syarikat industri.

Turut hadir bersama adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri T. Subromaniam dan pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Lim turut mengumumkan bahawa penjualan rokok di kedai berkenaan yang tidak mencapai nilai ambang sebanyak RM500,000 setahun juga akan diberi pengecualian cukai SST.

Katanya, kerajaan telah bersetuju bahawa nilai ambangan kedua-dua barangan berkenaan diasingkan kepada RM1.5 juta setahun bagi makanan dan minuman.

“Pengecualian SST ke atas penjualan rokok di kedai makanan dan minuman yang nilai ambangannya kurang daripada RM500,000 ini akan membantu peniaga untuk mengurangkan bebanan mereka dengan barangan itu akan dijual pada harga sama di kedai lain,” katanya.

Lim juga berkata kerajaan sedang memberi pertimbangan untuk memberi pengecualian cukai kepada pengendali sektor penyelidikan dan pembangunan (R and D) tempatan yang berpangkalan di luar kawasan Zon Industri Bebas (FIZ) yang memberi perkhidmatan kepada syarikat di kawasan berkenaan.

“Ini bagi memberikan dorongan kepada sektor R and D tempatan dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0 dan meningkat daya saing dalam kalangan pemain industri tempatan,” katanya. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Mar 2020
Hiburan Tue, 14 Sep 2021

“Esok Birthday Ibu, Allah Hadiahkan Kepulangan Ayash Affan Hari Ini” – Shuib Sepahtu

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu bersyukur kerana anak keempatnya, Ayash Affan bakal pulang ke rumah hari ini. Menerusi hantaran terbaru di laman Instagram, Shuib menyifatkan ia sebagai hadiah bersempena hari lahir isterinya, Allahyarham Siti Sarah […]

Trending Fri, 26 Nov 2021

“Perlu Tahu Beza Kritikan & Hinaan” – Ini Respons Syamsul Yusof Mengenai Pengkritik Filem

“Semua orang boleh kritik, tapi kena ada ilmu. Perlu tahu bezakan kritikan dan hinaan,” begitulah kata-kata pelakon dan pengarah prolifik, Syamsul Yusof, 37, mengenai kehadiran pengkritik filem yang muncul menghangatkan industri hiburan tempatan. Mengalu-alukan kehadiran […]

Trending Sun, 20 Mar 2022

Enggan Terus Diboikot, Akhirnya Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Media Tempatan

Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Shila Amzah, 32, akhirnya memohon maaf kepada pihak media tempatan. Biarpun ada pihak yang mengatakan kemenangan Shila dan SOG menerusi lagu Pelukan Angkasa di AJL 36 tidak diraikan […]

Trending Mon, 23 Nov 2020
Trending Mon, 17 Sep 2018

Ular Pun Pandai ‘Check In’ Tau…Tak Percaya, Tengok Ni!

Situasi menjadi sedikit terkawal apabila anggota kakitangan keselamatan lapangan terbang tersebut menggunakan sebatang besi panjang untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.

Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Setanding Drama Korea, Babak Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali Jadi Bualan Penonton

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali kini menjadi fenomena apabila gandingan mantap Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim ternyata tidak mengecewakan. Terbaharu, seorang pengguna memuat naik video reaksinya terhadap satu babak dalam drama Sekali Lagi Cinta […]