Trending By: Aisyah Badrul April 9, 2020 @ 1:59pm

[TRENDING] Petugas Kebersihan Bongkar Sikap Sebenar Glenn Fredly

Pemergian penyanyi daripada negara seberang Glenn Fredly akibat penyakit meningitis ternyata mengejutkan kita semua. Mendiang yang pernah popular dengan lagu Januari meninggal dunia pada usia 44 tahun di Hospital Setia Mitra, Jakarta Selatan.

Walaupun Glenn Fredly baru sahaja meninggalkan kita, namun pelbagai kisah menarik tentang mendiang telah diceritakan oleh kenalan dan orang-orang disekeliling yang rapat dengan beliau.

Salah-seorangnya ialah petugas kebersihan perumahan Glenn Fredly. Lelaki yang dikenali sebagai Muharram ini telah mendedahkan sikap sebenar mendiang yang disifatkan sebagai seorang yang mesra dan sangat menyenangkan.

Muharram juga memberitahu kali terakhir dia berjumpa dengan mendiang Glenn adalah sekitar sebulan yang lalu.

“Orangnya sifatnya enak, menyenangkan. Dia selalu sediakan makanan, makanan asas ketika Aidilfitri tiba,”

Walaupun berbeza agama, Glenn Fredly gemar menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan ketika perayaan hari raya Aidilfitri. Menurut Muharram lagi, kebaikan Glenn Fredly pasti tidak akan dilupakan selamanya.

Selain daripada Muharram, petugas kebersihan lain yang bernama Awang juga turut berkongsi kisahnya bersama Glenn Fredly.

Menurut Awang, mendiang Glenn gemar membantu dan memberi pemberian kepadanya. Walaupun mereka terkejut dan sedih dengan berita pemergian Glenn, namun mereka menerima pemergian insan yang baik hati ini dengan redha.

Rest in peace Glenn Fredly. Selamat tiba di negeri abadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Apr 2023
Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Featured Fri, 10 Mar 2023

Cinta Lama Berputik Kembali, Aisha Retno & Aziz Harun Bersatu Dalam ‘Jarak’

Sweet sangat dua orang ni tau! Sedap sangat lagu duet mereka berdua dalam Jarak 😘 Jangan lupa dengarkan

Trending Thu, 1 Aug 2019

懒男福音!日本超狂商品「伪胸肌垫」穿上身秒变天菜

天下没有白吃的午餐,健壮的肌肉往往都要经过许多的苦练才能练成,不过最近日本却出现了一样神奇发明,堪称是造福广大男性的福音啊

Featured Wed, 7 Jun 2023
Trending Thu, 9 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru

Buat pemohon BSH Fasa ketiga!