Malaysia sememangnya mewah dengan aneka makanan. Dari makanan Melayu, Cina atau India, senang cerita…macam-macam ada!
Namun untuk hidangan sarapan, roti canai antara makanan yang paling dicari-cari setiap pagi. Ditambah dengan kari dan dhal, fuh…gigit jari dik.
Ada di antara kita yang gemar ke kedai atau warung roti canai yang memiliki kreativiti paling ‘gempak’. Kononnya, sambil tunggu roti canai sampai boleh ‘layan’ cara penebar buat kerja.
Tetapi lain pula jadinya pada brother ni, aksinya sedang menebar roti mula viral apabila rotinya tersalah ‘landing’ di atas kepala pelanggan. Erk…sorry kak!
Roti Canai Terbang