Trending By: Salma Syahbuddin March 30, 2020 @ 9:43am

[TERKINI] Pesawat Bawa Pasukan Perubatan Perangi Covid-19 Meletup, 8 Maut

Tragis!

Pesawat yang membawa 8 penumpang yang terdiri daripada anggota perubatan, Jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit warga Kanada dan rakannya seorang warga Amerika terlibat dalam nahas berkenaan pada jam 8 malam waktu tempatan.

Menurut laporan media Filipina, pesawat Westwind itu dilaporkan terbakar dan meletup di Landasan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) sekaligus mengorbankan kesemua lapan orang penumpang pesawat terbabit.

Sumber : Google

 

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan pesawat RPC 5880 yang mahu berlepas ke Jepun itu digunakan sebagai ambulans udara oleh Jabatan Kesihatan Filipina, dan sebagai aset penting dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber : Google

Bagaimanapun, landasan terbabit telah ditutup manakala penyiasat tiba di lokasi untuk menentukan punca insiden berkenaan.

“Landasan itu ditutup sementara, pasukan penyiasat daripada Lembaga Siasatan Kemalangan Pesawat, Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina sedang mengenal pasti punca kejadian,” ujar satu kenyataan rasmi daripada Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA).

Sumber : Google

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.02 malam waktu tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Nov 2020
Featured Fri, 6 Mar 2020
Hiburan Wed, 18 May 2022

“Saya Memang Bertudung” – Pakai Wig, Normah Damanhuri Tak Mahu Rambut Sendiri Terdedah

Normah Damanhuri mengenakan wig untuk tidak mendedahkan rambutnya sendiri.

Trending Mon, 4 Dec 2017

Majikan WhatsApp lepas waktu kerja beri tekanan?

Pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Trending Mon, 3 Feb 2020
Featured Thu, 28 Apr 2022

Meriahkan Aidilfitri Dengan 3 Buah Lagu Raya Serta Program Menarik Di Hot FM & Molek FM

Wah! Mesti gempak suasana raya kali ni dengan Hot FM & Molek FM 😍