Trending By: SGMS Enal October 17, 2018 @ 8:20am

Trauma Gempa Palu, Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Perkosa

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Belum lagi habis trauma dilanda musibah gempa dan tsunami yang melanda Palu, seorang kanak-kanak di situ kini terpaksa berdepan pengalaman hitam seumur hidup apabila diperkosa pula oleh tiga lelaki durjana.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun, murid kelas 1 sekolah dasar (SD) yang hanya dikenali sebagai SH dirogol di tempat perlindungan mangsa bencana di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, semalam.

Kes telah dilaporkan kepada pihak polis dan mangsa juga telah dibawa menjalani pemeriksaan di Rumah Sakit Malebu, Sudiang.

Jurucakap polis,  Kompol Anugraha berkata, salah seorang dari pelaku iaitu seorang remaja berusia 14 tahun berjaya diberkas dan merupakan warga daerah Makassar.

“Kes tersebut telah dipindahkan ke Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak (PPA). Dua lagi pelaku yang dipercayai dari Kabupaten Maros masih diburu,”katanya.

Menurutnya, insiden berlaku ketika kanak-kanak warga Palu itu sedang bermain sendirian sebelum dia ditarik secara paksa  ke kawasan tanah lapang oleh ketiga-tiga pelaku yang bertindak merogolnya secara bergilir-gilir dan berulang kali.

“Setelah selesai, mereka kemudiannya menghantar mangsa di hadapan rumahnya. Saat masuk ke rumah, mangsa merintih kesakitan dan menceritakan kepada keluarganya apa yang terjadi,” ujarnya lagi.

Sebaik sahaja mendengar cerita kanak-kanak itu, penduduk bertindak mengejar pelaku dan hanya berjaya menangkap salah seorang daripada mereka.

Sumber : Tribunnews

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Apr 2021

Mak Cik Petir Meninggal Dunia

Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Cik Petir meninggal dunia pada jam 1.45 pagi hari ini. Berita sedih terbabit dimaklumkan oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun […]

Trending Fri, 17 May 2019

“Mereka Temui Mayat Datuk Saya Di Bawah Lereng Bukit”

Takziah, mayat Haji Ramli Ilong, 85 tahun disahkan ditemui di lereng bukit berdekatan kediamannya..

Featured Mon, 5 Feb 2024
Featured Wed, 24 Aug 2022

Wang Lebih RM350,000 Lesap! Pesara 62 Tahun Terjerat Dengan Macau Scam

Kesiannya 😭 Hati-hati korang and rajin-rajinlah check phone parents korang jugak okay.

Featured Fri, 22 Jul 2022
Events Wed, 15 Jun 2022
Featured Sun, 22 May 2022
Trending Fri, 10 Aug 2018

8个长寿面相你有几个?研究发现痣多者较长寿

面相中含有长寿的特征也是依据经验从古流传下来的,虽然并不是全然的准确,但是也有一定参考价值的科学规律。在8个长寿的面相特征,你有几个呢?

Featured Wed, 28 Dec 2022