Trending By: Salma Syahbuddin March 16, 2020 @ 3:55pm

[VIDEO] Mitos Atau Fakta? Covid-19 Boleh Rosakkan Organ Hingga Menyebabkan Kematian

Mencatatkan jumlah kematian yang semakin meningkat saban hari ternyata menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat kita pada hari ini. 

Namun, ramai yang masih keliru bagaimana agaknya Covid-19 ini menyerang sehingga menyebabkan kematian. Adakah benar, kesan jangkitan virus Covid-19 terhadap organ di dalam tubuh badan manusia adalah punca sebenar kepada kematian pesakit? Ini mungkin apa yang korang patut tahu ;

Ini mungkin organ utama jangkitan Covid-19

Sumber : Google

Ya, organ yang menjadi sasaran utama Covid-19 ini adalah, paru-paru. Dan, sesiapa yang dijangkiti oleh virus ini akan mengalami kesukaran bernafas. Dimana, mereka yang dijangkiti atau disahkan menghidap Covid-19 akan mengalami demam dan batuk.

Maklumat berkenaan dengan paten jangkitan virus novel korona diadaptasi berdasarkan maklumat kajian yang pernah dijalankan ke atas virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV) pada tahun 2003. 

Sumber : Google

Boleh menyerang dalam tiga proses

Sumber : Google

 

Jangkitan Covid-19 boleh terjadi melalui tiga proses iaitu replikasi virus, proses tindak balas badan dan kemusnahan sel paru-paru.

Namun ianya bergantung kepada tahap ketahanan badan kerana bukan semuanya individu yang dijangkiti Covid-19 akan melalui ketiga-tiga proses ini.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh WHO, komplikasi paru-paru hanya akan berlaku 25 peratus terhadap pesakit yang didiagnos dengan jangkitan SARS.

Jika dilihat dalam konteks virus novel korona pula, 82% kes positif yang didiagnosis melibatkan simptom ringan. Namun coraknya hampir sama dengan virus SARS-CoV.

Replikasi Virus Covid-19

Sumber : Google

Menurut Profesor Perubatan dari Universiti Maryland, Matthew Frieman Virus korona gemar membunuh sel Silia iaitu sel rambut kerana, ia bertanggungjawab menolak keluar cecair lendiran (mukus) yang memerangkap habuk dan virus. Jika sel silia mati, lendiran tersebut akan berkumpul menyebabkan simptom kesukaran bernafas seterusnya virus tersebut terus bertambah melalui proses replikasi.

Proses tindak balas badan

Sumber : Google

Dalam proses fasa pertama, iaitu apabila ianya berlaku menerusi proses fisiologi, sistem pertahanan badan akan menghantar sel imun bagi membunuh virus dan memberikan ruang kepada sel paru-paru agar ianya pulih semula.

sistem imun kebiasaannya akan tertumpu pada kawasan yang mempunyai virus sahaja. Namun, kadangkala, sistem tersebut boleh bertindak secara berlebihan.

Kemusnahan sel paru-paru

Sumber : Google

WHO, paru-paru individu yang dijangkiti oleh virus novel korona akan kelihatan seperti sarang lebah (honeycomb). Ia sama seperti mereka yang pernah dijangkiti SARS dan mengalami kegagalan fungsi paru-paru. Kerana, apabila  jumlah sel paru-paru yang musnah meningkat, pesakit akan mengalami kegagalan fungsi pernafasan. Mereka akan menghadapi kecederaan kekal pada organ tersebut dan risiko untuk mati tinggi jika sampai kepada tahap ini. 

Selain daripada tanda-tanda yang telah diberikan, pesakit yang terkena Covid-19 juga berpotensi mengalami simptom-simptom seperti cirit-birit, loya dan muntah.

Kegagalan organ hati dan buah pinggang

Antara organ yang bekerja keras mengekalkan keseimbangan badan dalam melawan virus novel korona adalah hati dan buah pinggang.

Kerosakan kedua-dua organ tersebut merupakan komplikasi yang dialami oleh mereka yang dijangkiti oleh SARS-CoV, MERS-CoV dan yang terbaharu, COVID-19.

Kegagalan buah pinggang dialami oleh 6% pesakit yang dijangkiti oleh SARS, manakala MERS pula menyebabkan masalah ini pada 25% individu yang dijangkiti.

Namun, ahli akademik masih tidak pasti akan kesahihan punca utama kematian pesakit Covid-19. Kerana, kebiasaannya apabila jangkitan ini sudah merebak ke organ hati, ia turut melibatkan sistem lain juga seperti buah pinggang, jantung dan sebagainya.

Apapun, rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengelak untuk berada di tempat yang sesak bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Covis-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, pada jam 9 malam.

 

Sumber : Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] – Sharnaaz Ahmad Pujuk Amelia Christie – “Lelaki Ada Dua Pilihan Nak Jadi Alpha Atau…” 

Syempoii Mamuuuu 🤣 Dengan Amelia auto jadi kucing mainecoon ek 🤣

Featured Fri, 19 Nov 2021

Pelajar Perempuan Dipercayai Terjun Bangunan Sekolah Lepas Duduki Peperiksaan

Seorang pelajar berumur 17 tahun ditemui cedera akibat dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan di sebuah sekolah di Kulai, Johor pada Selasa. Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata remaja […]

Contest Mon, 6 Apr 2020

Trending No. 1, MK K-Clique Bikin ‘Pecah’ Pentas ICSYVMY3?

Pergh! Siapa dah tengok episod ni, memang power lah dik!

Featured Wed, 20 Apr 2022
Trending Thu, 18 Jul 2019

Bila Selebriti Pun Sibuk Nak Try #agechallenge, Agaknya Siapa Yang Paling Hot?

Sekali-sekala artsi nak berhibur dengan apps apa salahnya kan? Netizen jangan ada yang kecam pula.

Featured Fri, 11 Jun 2021

Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai. Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai. Walaupun jarang dilihat […]

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Ruhainies dan Nazim Othman berlakon bersama