Trending By: SGMS Enal January 6, 2019 @ 7:12pm

Yang di-Pertuan Agong Letak Jawatan

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Katanya, sepanjang menjalankan tugas, baginda sudah berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua negara dan berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat.

 “Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.

“Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana menteri dan kerajaan yang memberikan kerjasama dalam mentadbir negara,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Sultan Muhammad V turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Sultan Muhammad V selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera turut berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.

“Kepada rakyat Malaysia, Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini, supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.

“Tuanku telah bersedia berangkat pulang ke Kelantan Darul Naim untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri, dan terutamanya rakyat Kelantan bagi menjaga dan membangunkan negeri itu demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan dakwaan kononnya mesyuarat khas Majlis Raja-Raja membincangkan kedudukan baginda.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai dakwaan itu sebelum ini, berkata ia sekadar khabar angin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Aug 2022
Featured Sun, 19 Mar 2023
Trending Tue, 29 Dec 2020
Trending Thu, 7 Jun 2018

90年代小孩才懂!没网路也能狂玩手机电脑……

在每个人心中都有一个永远缅怀的黄金年代,对于现在的7、8年级生来说,90年代的许多事物都是难忘的回忆啊!对于废柴这样在90年代长大的孩子真的是如此。

Featured Tue, 19 Jul 2022

[VIDEO] Jalani Rawatan IVF, Madammu Terpaksa Buang Tiub Fallopio – “Jika Ini Ujian Untuk Dapatkan Cahaya Mata, Saya Reda…”

Hanya yang pernah melalui sahaja akan faham rasa perit ini.. Moga Madammu terus tabah dan didoakan agar segalanya dipermudahkan olehNya 🤍❤️

Featured Thu, 24 Nov 2022

Pengarah Filem, Azhari Zain Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun

Events Wed, 8 Feb 2023

Bersedia Jadi Suami, Aiman Tino Bakal Bernikah Selewatnya April Tahun Ini

Tahniah Aiman & Syarah! Semoga dipermudah urusan 😍

Trending Wed, 31 Mar 2021

“Bukan Honeymoon!” – Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja, Netizen Jangan Terus Buat Spekulasi

Haa, Korang sib baik tak kena saman sebab sebar berita palsu.. Adess!