Hiburan By: Syafiqa Irdina December 6, 2019 @ 9:24pm

Ikon Wanita, Julia Roberts Dan Michelle Obama Bertemu Di KL Sempena Dialog Pemerkasaan Kanak-Kanak Perempuan

Pelakon ternama Hollywood, Julia Roberts bersama bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama bakal berkunjung ke Kuala Lumpur minggu hadapan bersempena dengan dialog pemerkasaan kanak-kanak perempuan.

Dialog yang dianjurkan oleh Yayasan Obama ini akan mengambil tempat pada 12 Disember. Dialog ini merupakan sebahagian daripada Persidangan Asia-Pasifik. 

Kedua-dua ikon ini berkunjung ke Malaysia bagi membincangkan tentang bagaimanakah memperkasa kanak-kanak perempuan di seluruh dunia menerusi pendidikan.

Terdahulu, Julia Roberts dan Michelle Obama akan mengadakan lawatan ke Vietnam pada 9 Disember bagi membincangkan tentang organisasi pendidikan tempatan dan peserta program yang membantu anak gadis mencapai potensi penuh mereka.

“Di Malaysia, Obama dan Roberts akan berkongsi pandangan tentang perjalanan mereka ke Vietnam, serta berkongsi kisah di sebalik kejayaan hidup mereka,” sumber laman web Yayasan Obama.

Dialog berkenaan bakal dikendalikan oleh bekas Miss Malaysia Deborah Henry yang juga merupakan pengasas Fugee.org, sebuah NGO yang menjalankan program pendidikan dan membantu mencari mata pencarian untuk para pelarian di Malaysia.

Dilaporkan, bekas Presiden AS, Barack Obama juga akan mengambil bahagian dalam perbincangan yang bertajuk “Bagaimana Asia-Pasifik Membentuk Kita” pada 13 Disember.

 

Sumber: www.cnn.com.my

 

Terdahulu, antara selebriti  yang pernah bekerjasama dengan Obama untuk mempromosikan program tersebut termasuklah David Beckham, Meryl Streep, Anne Hathaway, Natalie Portman dan John Legend.

Walau bagaimanapun, acara dialog ini akan diadakan secara tertutup namun bakal disiarkan secara langsung di laman obama.org, termasuk sesi dialog bersama Obama dan Roberts.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

LAWAK DOUBLE MEANING, DEPENDS! – SHUK

Bagi Shuk, apa yang cuba diketengahkan untuk persembahannya pada kali ini ialah lawak yang straight forward. Dan, beliau akan lebih sensitif terhadap isu lawak double meaning yang dianggap sebagai trademarknya itu.

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Sebak! Fazley Realisasi Impian Arwah Bapa

Tak sabarnya kami nak tunggu November! Kami doakan segala urusan Datuk Fazley dan isteri dipermudahkan Allah SWT.

Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.