Hiburan By: SGMS Faida December 6, 2019 @ 1:43pm

Berdepan Masalah Jerawat, Tawaran Persembahan Sissy Iman Tetap ‘Lebat’

Penyanyi dan pelakon Sissy Iman bersyukur tetap menerima tawaran walaupun berdepan dengan masalah kulit berjerawat pada masa ini.

Kata Sissy kepada Harian Metro, dia reda dengan ujian yang diturunkan dan akan tetap bersemangat menjalankan tanggungjawabnya.

“Saya percaya di sebalik ujian demi ujian yang diterima, ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Saya akui tahun ini pelbagai ujian dan musibah datang bertimpa yang menguji kekuatan diri.

“Walaupun kulit muka bermasalah sekarang, ada pengarah yang menawarkan saya berlakon telefilem tahun ini.

“Ketika kulit wajah cantik dulu tiada siapa pun yang mahu menawarkan saya berlakon,” kata penyanyi terkenal dengan lagu Pesanan Ayahanda ini.

Apapun katanya, dia kini tidak mahu terlalu banyak berfikir dan mahu sentiasa bersikap positif dalam hidupnya.

“Sebelum ini saya berasa tertekan dengan kulit wajah bermasalah walaupun sudah mencuba pelbagai rawatan.

“Kini, saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana artis juga manusia biasa yang berdepan masalah kulit,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Tayang Badan Tak Berbaju Di Instagram, Apa Jawab Nubhan?

Nubhan dah padam gambar-gambar tu sebab…

LIFESTYLE Fri, 23 Nov 2018

Petua Tradisional Hindar Bau Badan

Muka handsome tapi sayang bila angkat tangan bau badan semerbak 2 blok

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Lagu “Police Entry” Tuju Untuk Lelaki Penipu?

Penyanyi ini pernah bercinta dengan seorang ahli perniagaan dan hubungan mereka putus di tengah jalan angkara orang ketiga.  

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Selepas Berjaya Dengan Single Pertama, Madam Tampil Dengan Musnah

Selepas dikenali menerusi lagu Luka yang meraih lebih 5.1 juta tontonan di laman YouTube, kumpulan Madam kini tampil dengan single kedua yang berjudul Musnah. Dianggotai empat jejaka berbakat besar yang terdiri daripada Putera (vokalis), Azuan […]

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Man’s First Impression of Remy Ishak: “I Thought He was Just a Random Bangla…”

It was during prayers in Wangsa Walk’s surau when he saw Remy Ishak.

Events Wed, 23 Jan 2019