Hiburan By: Del14 January 24, 2020 @ 11:29pm

Lisa Manoban Peluk Kucing Untuk Lepas Tekanan

Siapa sangka anggota kumpulan popular dari Korea Selatan, BLACKPINK, Lisa Manoban rupanya pencinta kucing! 

Lisa yang berasal dari Thailand, mengakui walaupun mengecapi populariti di luar jangkaan , dia juga tidak lepas dari kritikan kerana tidak semua peminatnya di Korea Selatan menyenangi kejayaannya. Kadang kala kritikan yang dilontarkan bersifat peribadi dan toksik. 

Namun, Lisa cuba untuk tidak membenarkan perkara-perkara negatif memakan dirinya. Selain berhubung dengan ibunya, Lisa berkata dia juga mengubat lara dengan haiwan peliharaan. 

Memetik laporan Harian Metro, Lisa mendakwa dua perkara itu mampu untuk mengubati rasa gundah dan membuatnya kembali bersemangat. 

“Baru-baru ini, ibu saya bertanyakan satu soalan yang benar-benar memberi kesan kepada diri saya.  Soalan dia ringkas iaitu dia bertanya sama ada saya gembira?

“Hanya dengan mendengar soalan itu saja pun sudah berjaya menceriakan hari saya.  Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan, tapi ia satu perasaan yang sangat indah,” kata Lisa. 

Lisa juga mendakwa perbuatan memeluk kucing peliharaanya seolah-olah terapi buat dirinya dan dia akan terus merasa tenang. 

“Kebelakangan ini, saya berdepan masa yang sangat sukar lantas memeluk erat kucing saya.  Segala tekanan dalam diri serta-merta hilang tanpa saya sendiri menyedarinya. 

“Saya rasa kucing memang tahu berbuat demikian setiap kali pemiliknya dilanda kesedihan.  Sekali gus, ia membuatkan diri saya jauh lebih baik,” katanya lagi. 

Berbicara mengenai azamnya bagi tahun 2020, Lisa hanya berharap supaya dia dapat mengecapi kebahagiaan yang berterusan tanpa apa-apa impian yang spesifik. 

Lisa dan kucingnya, Luca! – Foto Ihsan IG @lalalalisa_m

Kredit: Harian Metro

Kredit Foto: Instagram @lalalalisa_m

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 7 Aug 2018

Saksikan Ketibaan Kapal Equanimity Milik Jho Lo Tiba Di Pelabuhan Klang Hari Ini

Kapal Equanimity milik Jho Lo tiba Di Pelabuhan Klang hari ini. saksikan siaran secara langsung sekarang!

TECH Thu, 1 Nov 2018

Cara Mudah Untuk “Screen shot” Panjang pada PC

Kami kongsikan cara mudah untuk membuat Long Screenshot pada PC Windows ataupun Apple. Caranya, mudah saja!

Hiburan Wed, 25 May 2022

“Pernah Terfikir Nak Potong Perut” – Janna Nick Terasa Hati Dipanggil Gemuk

Janna Nick sedih dikutuk gemuk, mahu buktikan dia boleh kuruskan badan.

Featured Sun, 25 Jun 2023