Hiburan By: Del14 November 13, 2019 @ 2:06pm

Adegan Tak Berbaju Bukan Gimik? Hairul Azreen Berangan Jadi Keanu Reeves

Demi menjayakan watak yang dibawanya dalam filem Wira, pelakon Hairul Azreen sanggup tidak berbaju sambil menonjolkan tubuhnya yang sasa di dalam filem tersebut.

Walau bagaimanapun menurut laporan sebuah portal, suami kepada selebriti Hanis Zalikha ini menafikan bahawa dia sengaja berbuat demikian sebagai ‘gimik’ untuk melariskan filem.

“Maaf, saya tidak jual tubuh sasa sebaliknya mahu jual babak aksi untuk menarik penonton ke pawagam .

“Babak tidak berbaju itu dibuat untuk adegan pertarungan yang dipaparkan dalam filem ini,” kata Hairul yang menjelaskan bahawa ia adalah atas permintaan pengarah filem, Adrian Teh untuk memantapkan jalan cerita.

 Hairul yang mengalami kecederaan ligamen kaki kanan terkoyak ketika penggambaran juga menjelaskan bahawa walaupun pernah tercedera dalam filem Paskal, kecederaan yang dialami demi menjayakan filem Wira adalah yang paling teruk setakat ini.

Mendapat tunjuk ajar dari pengarah lagak ngeri terkenal Indonesia yang juga pernah membintangi filem John Wick, Yayan Ruhian, Hairul tidak dapat membendung rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan Yayan. 

“Saya bayangkan diri ini seperti Keanu Reeves yang berdiri di samping Yayan dalam filem Hollywood itu. Yayan sangat bagus dan banyak beri tunjuk ajar ketika babak aksi.  Malah, dia sangat merendah diri meskipun sangat terkenal,” katanya lagi. 

Dibintangi oleh pelakon-pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Hilal Azman, Josiah Hogan, Fify Azmi, Ismi Melinda , Henley Hii, dan Yayan Ruhian, filem Wira menyaksikan kerjasama lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment,ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios dan akan ditayangkan di pawagam bermula 21 November ini.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

“Motif” Sharifah Amani Kesal Di Laman Twitter?

Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-18, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya baru-baru ini meluahkan perasaannya di laman twitter apabila filem terbaru lakonannya, Motif tidak mendapat sambutan memberangsangkan di panggung.  Di manakah silapnya?   […]

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
TECH Thu, 28 Jun 2018

Apple vs. Samsung Dispute Finally Settled

It was a lengthy battle between the two giants. See who won.

Featured Tue, 28 Feb 2023

[VIDEO] Puteri Sarah Tak Pandang Gelaran Datin – “Saya Bekerja Dapat Hasil Sendiri…”

She tak perlu gelaran Datin 🤪 She sendiri dah mega ❤️ Vass gituh Puteri Sarah 😌🥰

Featured Tue, 13 Sep 2022

Syukur Konsert Faztival Dapat Sambutan Hangat, Fazura Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Tahniah Fazura!!! Dengar kata akan ada next Faztival Fazura 😍🔥

Featured Thu, 27 Oct 2022