Hiburan By: SGMS Faida November 13, 2019 @ 2:20pm

Bukan Sorok Cuma…

“Saya selesa jalani percintaan begini, lebih privasi,” ujar pelakon Reen Rahim yang memilih untuk tidak berkongsi wajah kekasihnya di ruangan media sosial sehingga kini.

Kata pelakon filem KL Vampire ini, hubungannya dan kekasih masih berjalan baik.

“Saya rasa kenalan terdekat sudah tahu siapa si dia. Bukan tak mahu tunjuk tetapi biarlah orang tahu bila tiba masa yang sesuai.

“Saya juga tidak mahu ‘semakkan’ laman Instagram dengan hal peribadi. Lebih baik kongsi hal kerjaya sahaja, itu lebih baik,” katanya.

Pelakon berusia 30 tahun ini juga diusik sama ada dia tidak takut kekasihnya itu ‘dicuri’ wanita lain lantaran tidak pernah memberitahu status hubungan sebelum ini.

“Saya percaya kepada ketentuan Takdir. Kalau ada jodoh pasti tidak ke mana.

“Kalau dia dituliskan untuk saya, Insha Allah dia pasti jadi milik saya juga. Perancangan Allah adalah paling baik,” komen Reen ringkas.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Reen, KL Vampire bakal menjengah pawagam bermula esok (14 November). 

Filem yang mengisahkan tentang golongan ‘vampire’ itu turut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Raja Ilya, Josiah Hogan, Saiful Apek, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.

Jom support dengan ke pawagam bermula esok! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Wed, 13 Mar 2024
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Netizen Samakan Ketiak Sharifah Sakinah Dengan Kuih Akok?

Terbukti, nak cantik itu bukanlah mudah seperti A,B, C ya. You Go Girl!

Hiburan Thu, 26 May 2022
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Thu, 14 Dec 2023