Hiburan By: Del14 November 13, 2019 @ 6:09pm

“Saya Selalu Mendoakannya Walaupun Kadang-Kadang Dia Tergelincir” – S Hafiza (Ibu Aliff Aziz)

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz telah menerusi perkongsian IGTV akaun instagram milik ibunya, S Hafiza Basharahil berkata bahawa dia tidak perlu menjelaskan apa yang terjadi pada dirinya baru-baru ini kerana umumnya, semua orang sudah tahu apa yang terjadi.

Baca: Penyanyi Berada Di Bawah Pengaruh Alkohol Semasa Ditangkap

Baca: ‘Dia Okay Lepas Jumpa Anak’- Ibu Aliff Aziz

Baca: ‘Kalau Itu Lakonan, Maknanya Dia Dah Pandai Berlakon’- Netizen Bingung Tengok Video Aliff Aziz ‘Ditangkap’

“Ramai yang menghantar mesej secara langsung untuk mengetahui keadaan saya.  Masih ada lagi orang yang mempunyai hati yang baik di luar sana. Saya rasa tidak perlu jelaskan lagi apa yang berlaku baru-baru ini kerana semuanya sudah diketahui.

“Memang tahun ini cukup mencabar buat saya dari segi mental dan kerohanian.  InsyaAllah, selagi masih bernafas, saya akan kuat,” kata Aliff. 

Aliff yang diejek netizen kerana bersifat kebudak-budakan apabila videonya yang tular menunjukkan dia menelefon ayahnya melalui telefon bimbit sambil meminta pertolongan berkata yang selagi ibu bapanya masih hidup, dia masih memerlukan bimbingan dan akan meminta pertolongan dari kedua orang tuanya.

“Perkara biasa apabila seseorang anak dalam kesusahan, dia akan meminta pertolongan orang tua. Tidak kira usia berapa sekalipun, selagi bapa ada, saya tetap akan mencarinya.

“Saya kuat dengan sokongan keluarga. Teruskan doa yang baik untuk saya kerana saya juga mengharapkan ganjaran di akhirat nanti.

“Bukan hanya disebabkan kebaikan yang dilakukan, tetapi juga kerana ramai yang bercakap buruk di belakang saya. Itu juga pahala untuk saya,” kata Aliff lagi. 

“Saya lihat sudah tidak ramai yang membencinya, sebaliknya terus memberi sokongan dan berdoa untuk Aliff. Saya juga selalu mendoakannya, biarpun kadang-kadang dia tergelincir,” jelas ibu Aliff, S.Hafiza yang setia berada di belakang Aliff dalam waktu susah dan senang.

 
 
 
View this post on Instagram

Happiest birthday to the greatest irreplaceable man in my life since the day i saw the world till now. Abang doa semoga Ayah panjang umur dan sihat selalu dan sentiasa tenang dan cergas untuk lebih lagi tahun yang akan datang. Walaupun sepanjang hidup abang banyak buat Ayah kecewa dengan salah silap tapi Ayah selalu tak pernah putus sokong abang dan ada untuk abang 100%. Abang doa Allah panjangkan umur Ayah dan supaya Insyaallah bila abang berjaya Ayah dan Umi masih ada untuk nampak dan bangga. Amin. The most hardworking, compassionate and loving man i am blessed to call Dad. Happy 59th birthday Ayah! ❤️ . . P.s/ Tu bukan Ayden tau dalam gambar ni. It’s me when i was a few months old. ?

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Bulan September lalu, Aliff telah memuatnaik foto lama  dirinya sewaktu kecil yang sedang didukung ayahnya di akaun instagramnya apabila ayahnya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-59.

Sumber Foto: Instagram @aliffaziz91

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Events Fri, 29 Mar 2019

Ada Apa Dengan Hael Husaini Dan ‘Lagu Cinta Kita?’

Hael Hussaini dan Scha Al Yahya bergandingan dalam ‘Lagu Cinta Kita’?

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Tampil Dengan Lelah Mengalah, The Mirza Takut Tunggu Respon Pendengar

Nama The Mirza kini meniti di bibir pecinta muzik Indonesia. Siapa tahu pasangan kembar beradik ini berjaya menawan peminat tanah air pula kan?

Selebriti Sun, 21 Apr 2024
Fab Foodies! Mon, 20 May 2019

The Amazing Ondeh-Ondeh Muffin is Back in Starbucks + New Desserts

You can break fast with a quick bite from Starbucks when you’re on-the-go.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Alif Satar Bersyukur Dapat Rasa Hujan Di Makkah – “Ini Memang Rezeki Hari Jumaat…”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar bersama kumpulannya, The Locos berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah. Artikel Berkaitan: Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya” Baru-baru […]

Hiburan Mon, 23 Oct 2023

“Saya Jenis Introvert, Tak Out Going Sangat” – Sophia Albarakbah Teruja Lakonkan Watak Wanita Bertenaga & Lincah

Sebagai artis yang serba boleh, bagi je lah watak apa pun, mesti boleh bawa punya!

Featured Sat, 24 Sep 2022