TECH By: SGMS Putri July 17, 2018 @ 12:06pm

Google Bakal Berdepan Tindakan Saman Berbillion Ringgit Dari Kesatuan Eropah

Selepas Facebook menghadapi pelbagai saman atas skandal penggunaan data pengguna tanpa kebenaran, kini Google juga dikatakan semakin hampir untuk mengalami masalah yang sama. Cuma kali ini, Google telah dituduh menyalahgunakan ‘kuasa’ yang ada pada mereka.

Ini kerana, mereka dikatakan telah mengarahkan semua pengeluar peranti Android untuk memasang beberapa aplikasi atau mereka tidak akan dibenarkan untuk menggunakan sebarang aplikasi Google langsung.

Sebagai contoh, apabila pengeluar ingin menggunakan perkhidmatan Google Playstore untuk memberi akses terhadap lebih banyak aplikasi kepada pengguna mereka, mereka perlu memasang aplikasi pelayar Google Chrome terlebih dahulu.

Ia adalah penting bagi Google kerana Chrome membantu mereka dalam mengenalpasti tingkah laku pengguna untuk digunakan dalam progam pengiklanan mereka. Perkara ini dinilai sebagai satu kesalahan di mana mereka dianggap telah memaksa pengeluar untuk berbuat demikian.

Nilai saman yang dikenakan dikatakan akan melebihi jumlah $2 billion(~RM 8.08 billion) yang pernah dikenakan kepada mereka tahun lalu. Wang bukannya masalah bagi Google yang mempunyai simpanan $103 billion(~RM 416 billion) namun ia perlu dilakukan agar Google menghentikan tindakan mereka tersebut.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 19 Dec 2017

Celcom Dan Uber Berkerjasama Naik Taraf Pengalaman Digital

Kerjasama dengan Uber ini membolehkan Celcom menyediakan pengalaman digital yang hebat kepada pelanggan dalam menjalankan urusan seharian di samping memberikan mereka pelbagai ganjaran hebat.

TECH Tue, 9 Jan 2018

Tips Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Ramai yang mengadu tidak tahu bagaimana untuk “View Image” kerana sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan ‘View Image’ di Google Images untuk membolehkan pengguna melihat imej yang dikehendaki.

TECH Wed, 20 Feb 2019

不只心情更好!暂停使用Facebook连政治倾向都少了

研究发现,关闭Facebook帐号的人,过得更快乐。

TECH Wed, 18 Jul 2018

MediaTek Umum Cip Helio A22 Bagi Segmen Bajet

MediaTek boleh dikatakan banyak menawarkan cip pemprosesan dalam segmen bajet dan pertengahan. Semalam, sebuah lagi cip dalam keluarga bajet dikeluarkan yang mana ia dibangunkan bagi memberi saingan kepada Snapdragon siri 400 dari Qualcomm. Dikenali sebagai Helio A22, […]

TECH Sun, 2 Sep 2018

Cara Untuk Mengunci Folder Pada PC

Risau akan fail – fail sulit anda diakses oleh orang lain? Berikut kami kongsikan salah satu cara untuk anda mengunci folder sulit anda pada PC dengan mudah.

TECH Sat, 6 Jul 2019
TECH Wed, 28 Aug 2019

Cara Daftarkan Alamat Di Google Map

Apa kata jom cuba daftarkan alamat di Google Maps

TECH Fri, 5 Jan 2018

Telefon Pintar Apa Paling Laris Di China Untuk 2017

China dan telefon pintar bagai aur dengan tebing. Kita semua tahu China merupakan negara pengeluar telefon pintar terbesar di dunia. Antaranya adalah Xiaomi, Meizu, OnePlus, Oppo, Honor, Huawei, dan banyak lagi nama lain.

TECH Tue, 8 Oct 2019

Cara Mengaktifkan Tema Gelap Di Windows 10 v1903

Tema gelap Windows 10 ditambah baik sejak pertama kali ia diperkenalkan tahun lalu.

TECH Tue, 28 Jan 2020

3 Aplikasi Tulisan Terbaik Untuk Pengguna Android

Beberapa peranti Android seperti Samsung atau HTC, sudah dilengkapi dengan jenis tulisan tanbahan yang boleh diubah mengikut keperluan pengunanya. Berikut kami kongsikan 3 aplikasi tulisan yang boleh anda pasang pada peranti Android sebagai ganti tulisan […]