Hiburan By: Maya Basir October 11, 2023 @ 7:35pm

“My Actions Di Salah Sangka” – Terlebih Prihatin Punca Tinggal Komen Buat Gal Gadot, Raja Ilya Akui Tak Sensitif & Mohon Maaf

Pelakon Raja Ilya diserbu netizen gara-gara meninggalkan komen ‘stay safe’ di Instagram pelakon kelahiran Israel iaitu Gal Gadot.

Menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, Ilya tampil memohon maaf kerana tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di antara Palestin dan Israel.

“Baik la, blank kejap tak tau nak buat apa, nak pergi solat kejap.

“Minta maaf untuk semua ni maybe sebab time tengah sensitive, my actions di salah sangka,” katanya.

Sementara itu, dia memberitahu perkara ini hanya salah faham dan doanya sentiasa buat orang-orang di Palestin.

“Jiwa Ilya tetap untuk orang Palestine and doa Ilya untuk mereka tak pernah putus.

“Semua ni salah faham sebab terlebih keprihatinan,” jelasnya.

Namun, Ilya telah memadamkan hantaran terbabit selepas beberapa minit ia dimuat naik.

Terdahulu, Ilya meninggalkan komen pada hantaran pelakon Wonder Woman mengenai perang yang sedang berlaku di Israel.

Perbuatan Ilya tersebut mencuri perhatian netizen dan seakan memberi sokongan kepada negara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Komen ‘Stay Safe’ Di Hantaran Instagram Gal Gadot, Netizen Kecam Raja Ilya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] “Ini Bukan ‘Revenge Body’” – Rossa Sera Nafi ‘Makan Hati’ Punca Susut 11 Kg

Ini baru betul wanita hebat! Focus pada penampilan diri sendiri wahh tahniah Sera!

Trending Tue, 7 Mar 2023
Trending Thu, 12 Apr 2018

征兵选拔惊见「超凶爆乳妹」肩带一秒滑落

泰国宪法规定男性有服兵役的义务,因此每年都会举行征兵选拔。今年4月,东北部呵叻府(นครราชสีมา)依例进行征召,现场除了一般男性外,还出现好几名长发飘逸、气质绝佳的女子。

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

INSAF LAH WAHAI LAHANAT! FATHIA LATIFF DIKECAM LAGI

Semoga Fathia Latiff menjadikan komen dari netizen itu sebagai sesuatu yang positif untuk berjaya pada masa akan datang

Featured Sat, 27 May 2023
Events Wed, 14 Dec 2022

Susulan Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mahu Selesai Kes Cara Baik -“Moga Allah Lembutkan Hati Dia”

Radhi berharap bekas isterinya dapat selesaikan perkara ini dengan baik

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Komen Negatif Netizen Macam Hiburan, Nabila Huda Tak Ambil Hati

Saya pakai scarf sebab malas nak menghias rambut.Saya pun jarang pergi majlis fesyen kecuali atas jemputan rakan rakan. Kalau ikutkan saya lebih suka duduk rumah sahaja.