Featured By: Salma Syahbuddin June 13, 2022 @ 3:34pm

“Sahabat Sejatilah Depa Ni, Walaupun Muka Garang Tapi…”- Peminat Kagum Hubungan Sharnaaz Ahmad & Shukri Yahaya, Macam Adik-Beradik!

Umum sedia maklum, hubungan persahabatan yang terjalin antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Malah, kedua-duanya juga berkongsi minat dan citarasa yang sama.

Menerusi perkongsian terkini Sharnaaz di Instagram miliknya, beliau dilihat sempat menitipkan ucapan sempena ulangtahun kelahiran sahabatnya yang ke-34.

“Happy Birthday buat sahabat, brother kesayangan gua.

“Aku rasa hang tau dah macam mana aku sayang dekat hang.. jadi just stay the way u are, stay humble, always be the best dengan apa yang hang buat.. semoga terus sukses, bahagia disamping @tyaadnan dan juga Ameena dan Pak Maliki,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga berterima kasih kepada pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu kerana banyak mengubah dirinya sepanjang persahabatan mereka.

“Terima kasih kerana banyak tone down aku jadi lebih berguna dimasa ini.. Happy Birthday lil brother, love u always,” tulisnya.

Sementara itu, ucapan manis yang diberikan Sharnaaz kepada sahabatnya itu ternyata mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya kagum dengan nilai persahabatan kedua-dua selebriti ini.

Malah, warganet beranggapan ia sesuatu yang ‘sweet’ untuk dikongsikan apatah lagi ia adalah ucapan dari Sharnaaz yang sememangnya dilabel sebagai ‘mamu garang’.

Sekadar info, Sharnaaz dan Shukri sebelum ini pernah digandingkan bersama dalam sebuah projek drama.

Dan kedua-dua aktor ini dilihat sangat akrab apabila sering mengadakan sesi siaran langsung bersama dan saling berbalas komen di Instagram.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Sajat Dedah Sebab Tak Boleh Balik Malaysia – “Selagi Belum Dapat Pengampunan Dari…”

Mana dah pernah jumpa dekat expo, itulah last pertemuan kita – Sajat 🥺🥺

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Ini Gambar Jasmine Suraya Tak Pakai Bra?

Panas! Betul ke Jasmine Suraya pakai baju nampak aset???

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Takut Di Saman Oleh Linda Rafar, Ramai Yang Mula Minta Maaf

Tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen mendapat pujian kerana Linda merupakan selebriti pertama berbuat sedemikian

Trending Tue, 29 Dec 2020
Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Selamat Lahirkan Anak Lelaki…Tahniah Adira!

ifahamkan penyanyi yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini melahirkan lelaki di sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, Selangor, pada jam 10.21 pagi semalam.