TECH By: SGMS Putri July 20, 2018 @ 10:32am

Shopee Tawarkan Promosi Barangan Elektronik Bermula 23 Julai Ini

Laman beli-belah atas talian terkenal, Shopee bakal melancarkan promosi istimewa, Ekspo Elektronik Shopee yang menawarkan pelbagai jenama elektronik terkemuka seperti honor, Philips, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi.

Promosi berkenaan akan berlangsung bermula 23 hingga 26 Julai ini. Menurut Shopee, terdapat lebih daripada 1000 produk pelbagai jenis yang boleh didapati pada harga diskaun sehingga 90%. Antara jenis barangan yang ditawarkan ialah gajet, kelengkapan rumah dan peralatan komputer.

Apa yang menarik, pihak Shopee memberi jaminan bahawa produk yang terlibat dalam promosi itu adalah dijual dengan harga termurah di antara kesemua platform beli-belah atas talian yang lain.

Sekiranya anda menjumpai produk serupa yang dijual dengan harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee berjanji akan menebus semula 120% daripada perbezaan harga berkenaan dalam bentuk syiling Shopee.

Shopee juga mahu memberi ganjaran kepada pengikut Facebook mereka, dengan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Bro” semasa tempoh promosi tersebut. Pemenang akan memenangi produk elektronik kegemaran yang bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.

Bagi menyertai pertandingan ini, anda cuma perlu memilih satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, masukkan produk tersebut ke dalam troli membeli belah anda dan screenshot gambar troli berkenaan, dan kirimkan komen di Facebook Shopee sambil memberitahu mengapa anda ingin memenangi produk tersebut.

Anda juga perlu tag seorang rakan lelaki anda dalam kiriman komen berkenaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sesawang rasmi bagi promosi berkenaan bermula hari ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 5 May 2018

Bina Kata Laluan Paling Kukuh Dengan 4 Langkah Selamat Ini

kata laluan yang betul-betul kukuh bagi menyukarkan penggodam atau penjenayah siber menggodam akaun kita…

TECH Mon, 13 Aug 2018

Sekat Iklan Dan “Pop -Up” Pada Pelayar Chrome Android

Jika anda rasa Iklan atau ‘Pop-Up’ yang asyik keluar ketika anda sedang melayari Internet,anda boleh cuba tips ini.

TECH Tue, 16 Jul 2019

Dating – Ciri Terbaru Daripada Facebook Yang Bakal Menyaingi Tinder

Menurut data yang diperolehi daripada Worldometers, populasi dunia kini sudah hampir mencecah seramai 8 bilion orang yang mana sekitar 40 % daripada orang dewasa (18 tahun ke atas) adalah bujang atau belum berkahwin. Atas sebab itu, […]

Automobile Wed, 31 Jan 2018

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher secara tidak di rancang

TECH Thu, 5 Dec 2019

Cara Alternatif Untuk Mengimbas Dokumen Pada Windows 10

aplikasi sedia ada pengimbas bermasalah dengan Windows 10.

TECH Sat, 16 Feb 2019

Cara Mengatasi Masalah Muat Turun Tergendala Pada Playstore

Adakah anda pernah memuat turun sesuatu aplkasi di Apps Store tetapi tidak dapat memuat turun sepenuhnya? Ketahui cara-cara mengatasinya disini.

TECH Mon, 18 Mar 2019

三个月内1.5亿访次流失!Tumblr禁止色情内容后大家都走光了

Tumblr自去年12月宣布禁止色情内容,访次从5.21 亿掉到了3.69 亿,超过了1.5 亿的惊人数目!

TECH Mon, 15 Jul 2019

Muat Turun Fail Daripada Youtube Menggunakan Aplikasi Snaptube

Berikut kami ingin kongsikan cara untuk memuat turun fail daripada Youtube menggunakan aplikasi alternatif iaitu Snaptube. Caranya sangat mudah.

TECH Tue, 6 Mar 2018

Sebab Kenapa Microsoft Memiliki Peranti Skrin Penuh Sejak 2014 Tetapi Tidak Dipasarkan

Di tengah-tengah kepelbagaian pengeluar telefon pintar, Microsoft juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan telefon pintar mereka sendiri.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Samsung Galaxy Note 9 Dikatakan Lebih Pantas Berbanding iPhone X

Peranti yang pantas dan berkuasa sering menjadi idaman semua pemilik telefon pintar hari ini. Akan tetapi, tahap prestasi yang tinggi biasanya akan hadir dengan harga yang tinggi. Seperti yang didakwa oleh TheUnlockr, iPhone X adalah merupakan salah […]