Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 12, 2024 @ 1:17pm

“Sekiranya Kami Dapati Ada Kelakuan Maksiat, Kami Akan Serbu” – Menteri Agama Tegaskan Tangkapan Khalwat JAWI Bukan Gimik

Susulan kes selebriti popular ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Mana tidaknya, ada yang beranggapan tangkapan kedua-dua selebriti popular itu adalah sekadar gimik bagi tujuan mempromosikan drama terbaharu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

ARTIKEL BERKAITAN:Kehadiran Bella Astillah Di Pejabat Agama Islam Cetus Tanda Tanya

Justeru tidak mahu andaian tidak tepat tular,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan bahawa tangkapan dan serbuan khalwat itu dibuat bukan kerana gimik atau bertujuan untuk mempromosikan mana-mana selebriti, sebaliknya ia dilakukan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Katanya lagi, perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan selain berkhalwat juga adalah kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

“Aduan itu dibuat oleh pihak ketiga yang tidak ada kena mengena (dengan pihak Jawi).

“Kalau ada sebarang laporan yang dikemukakan oleh pihak pengadu (atau) pihak ketiga, jadi bahagian ini tidak ada kontak dengan selebriti atau mana-mana pihak (minta) pergi tangkap aku (artis terbabit).

“Jadi berdasarkan aduan berkenaan pihak bahagian penguatkuasaan Jawi akan memulakan siasatan dan sekiranya mendapati ada kelakuan itu (maksiat) maka (pihak Jawi) akan buat tangkapan.

“Jadi saya mahu tekankan di sini tidak ada sebab Jawi akan kompromi perkara ini dan mahu melakukan sesuatu tangkapan bagi satu-satu kesalahan semata-mata mahu mempromosikan selebriti atau apa (saja).

“Tidak, itu tidak langsung (berlaku) termasuk dalam usaha yang dibuat oleh pihak Jawi,” katanya.

Pada Sabtu lalu, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengejutkan industri hiburan tanah air apabila ditangkap khalwat pada jam 2.40 pagi di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN:Ditangkap Khalwat, Aliff Aziz Buka Mulut – “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kekal Tenang Selepas Kena Tangkap Basah, Ruhainies Mohon Berhenti Buat Spekulasi – “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Tahu Limit Kesabaran Tu Sampai Bila”- Perkongsian Bella Astillah Kembali Tular, Netizen Titip Kata Semangat & Minta Move On Kes Suami Curang

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Khalwat Babitkan Menantu, Pesanan Ibu Bella Astillah Undang Sebak – “Jika Lelaki Itu Menyakitimu, Pulanglah Ke Pangkuan Keluargamu…”

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Syazwan Zulkifly Belum Sedia Jadi Suami Sebab…

Pelakon Syazwan Zulkifly memiliki sebab tersendiri melambatkan rancangan menamatkan zaman bujang.

Trending Tue, 10 Jul 2018

Lebanese Jeweller is Suing Rosmah for RM59.8 Million!

Where is she going to get the money to pay back the jeweller?

Trending Mon, 20 Aug 2018

6 Reasons Why You Won’t Get Rich By Reading About Personal Finance

The truth stings but at least you can learn from it.

Trending Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Sun, 8 Mar 2026
Hiburan Wed, 31 Dec 2025
Featured Wed, 8 Sep 2021

PPV Walk In Di Lembah Klang Diberhentikan Mulai 15 September

Susulan jumlah penerima vaksin yang semakin meningkat di Lembah Klang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba sebentar tadi memberitahu yang vaksinasi secara walk- in di Lembah Klang tidak lagi akan diberikan selepas […]

Drama Mon, 18 Aug 2025

Norish Karman Lebih Berdikari, Tak Kisah Berhabis Ribuan Ringgit Demi Watak

Kata Norish, sikap itu adalah hasil pengalaman lampau sebagai anak seni.

error: Content is protected !!