Hiburan By: Padin March 15, 2024 @ 5:00pm

[VIDEO] “Kenapa Nak Boikot? Mereka Berdua Adik Kesayangan Saya” – Ifa Raziah Mohon Doa Baik-Baik Untuk Ruhainies & Bella Astillah

Penyanyi dan usahawan popular, Ifa Raziah tampil menjernihkan keadaan dan memohon peminat Ruhainies dan Bella Astillah tidak bertindak untuk memboikot acara StarVendors Mega Raya Festival (SV) yang bakal berlangsung 29 Mac sehingga 1 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut Ifa, dia selaku penganjur acara perlu bersikap profesional, begitu juga mana-mana selebriti serta peminat yang bakal berkunjung ke acaranya kelak kerana SV menghimpunkan lebih 50 selebriti serta ramai peniaga.

Timbul isu ugutan ingin memboikot yang diterima Ifa terhadap acara anjurannya saban tahun dan difahamkan, ia berpunca daripada keberadaan Ruhainies yang turut terbabit menjual produknya nanti.

“Saya ada dengar khabar orang nak boikot SV, dah kenapa? Janganlah boikot. Apa salah saya? Saya tak buat salah pun, saya tak ada pun nak menyakiti hati orang, saya cuma nak berniaga je.

“Saya letakkan video Ruhainies dan Bella (Astillah) di media sosial SV, tapi ada peminat ekstrim yang marahkan Ruhainies dan SV, jangan ambil Ruhanies, minta gugurkan nama dia.

“Maaf, saya tak boleh buat macam tu. Sebagai CEO StarVendors Event Sdn. Bhd. saya tak boleh menyebelahi mana-mana pihak. Ruhainies dan Bella, mereka sudah saya anggap seperti adik kesayangan saya yang saya hormati.

“Kedua-duanya saya dah kenal lama dah mereka. Mereka mencari rezeki dalam bidang seni dan berniaga juga di SV. Selain itu, ramai artis serta usahawan lain yang mencari rezeki di sana nanti, jadi janganlah terburu-buru,” katanya kepada XTRA.

Tambah Ifa, tidak adil bagi dirinya menggugurkan nama artis yang terpalit dengan isu panas hanya disebabkan desakan sesetengah peminat yang bersikap melampau.

“Jangan disebabkan isu peribadi mereka sampai ada peminat yang tak suka Ruhainies boikot SV, tak adillah untuk saya, kasihanlah artis lain juga yang nak berniaga serta vendor lain yang dah bayar booth untuk berniaga. Tak bolehlah macam ni.

“Saya mohon semua doa yang baik-baik, daripada mengecam mereka, terus memburukkan keadaan, apa kata kita mendoakan supaya dapat dipulihkan dengan segera dan diselesaikan dengan cara baik walaupun saya tahu ia menyakitkan hati. Saya faham keadaan Bella dan Ruhainies,” kata Ifa.

StarVendors merupakan acara jualan mega tahunan setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal, yang menghimpunkan barisan selebriti terkenal serta vendors yang menjual pelbagai produk dan tahun ini, ia bakal berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur dengan penyertaan lebih 50 selebriti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Tue, 6 Mar 2018

8 Fesyen Paling Memukau Oscar 2018

Bukan sahaja filem yang akan dipertaruhkan dan mendapat perhatian lensa kamera tetapi, fesyen yang dipakai oleh artis yang datang memeriahkan juga turut menjadi perhatian. Kalau peminat fesyen diluar sana ingin tahu antara fesyen yang berjaya memukau Oscar 2018, ini antara senarai fesyen tersebut

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Raih Perhatian Penonton, Drama Bersiri Anak Sena Papar Sisi Berbeza

Mengangkat tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama bersiri Anak Sena yang sedang ditayangkan di TV3 ketika ini menarik perhatian ramai. Kisah yang sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu bukan sahaja tular dalam […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Pergerakan Terbatas, Zamani Slam Kurangkan Aktiviti Seni – “Rasa Ketat & Ada Benda Terkeluar Dibahagian Belakang”

Didoakan semoga abang Zamani cepat sembuh 🤲🏻 Peminat tak sabar nak tengok abang perform kat konsert tu tau!

Trending Wed, 18 Sep 2019

Berhati-hati Kerana Harimau Kumbang Masih Lagi Berkeliaran

Kurangkan akitiviti diluar dan pastikan selalu berhati-hati kerana masih lagi berkeliaran.

Hiburan Sun, 29 Oct 2023