Categories: DramaTrending

Warnai Drama! Jom Kenali Watak-Watak Dalam Kuih Muah

Tonton Original menyajikan sebuah drama bergenre komedi romantik dan kekeluargaan yang berjudul KUIH MUAH telah memulakan tayangan sejak 11 April lalu.

KUIH MUAH mengisahkan tentang Adam yang kecewa dengan berita perceraian ibu bapanya berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut dengan menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir mati.

Jadi! Mari kenali watak-watak dalam KUIH MUAH yang memberi warna dalam drama ini.

Adam (Lakonan Shukri Yahaya)

Adam sebagai watak utama merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan memilih untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian dalam perniagaan kuih.

Dia juga merupakan anak tunggal yang mempunyai hubungan rapat dengan neneknya di mana dia belajar dan mendapatkan resipi kuih daripada neneknya lakonan Kismah Johari. Adam memiliki perwatakan yang baik hati, rajin namun bukanlah seorang yang romantik!

Shahidah (Lakonan Ezzanie Jasny)

Shahidah merupakan seorang gadis manis namun berperwatakan matang! Gadis ini mempunyai minat yang mendalam akan kuih muih tradisional.

Namun begitu, Shahidah mempunyai prinsip diri yang mana dia tidak mahu dilabel sebagai peramas kebahagiaan orang lain.

Ruhana (Lakonan Raden Zaharatul)

Selain Ezzanie Jasny, KUIH MUAH turut menampilkan bintang baharu, Raden Zaharatul yang memegang watak sebagai Ruhana yang merupakan tunang kepada Adam.

Ruhana ialah seorang anak bongsu yang sangat berdikari memiliki kerjaya dalam dunia korporat berasa kecewa dengan Adam yang membuat keputusan berhenti kerja semata memberi fokus kepada perniagaan kuih.

Malah, dia juga tidak gemar dengan sikap tunangnya yang sukar untuk membuat keputusan dalam banyak hal.

Kyle (Lakonan Muaz Zabir)

Tidak ketinggalan, watak Kyle yang memberi persaingan terhadap Adam apabila dia muncul dengan perniagaan kuih hipster yang sedikit sebanyak membuat Adam tergugat.

Bukan itu sahaja, Kyle dan Adam merupakan rakan sekolah menengah namun masing-masing sudah lama bermusuh serta dia juga ada hati dengan Ruhana, tunang Adam.

Memegang watak seorang anak manja yang sering menghabiskan harta ibu bapa dan selalu dipenuhi segala keinginannya.

Jangan Lupa Saksikan KUIH MUAH!

Apakah kesudahan yang terjadi? Jangan lupa saksikan Kuih Muah di platform Tonton sekarang!

Tekan di SINI untuk menonton Kuih Muah!

Atiqah Johari