Categories: SelebritiTrending

Tiada Niat Sindir Sesiapa, Aliff Aziz Perjelas Video Senyum Sambil Kenyit Mata

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz tampil memberi penjelasan mengenai video senyum sambil kenyit mata yang dimuat naiknya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Since U Been Gone, I Can Breath For The First Time” – Aliff Aziz Kongsi Video Kenyit Mata, Lirik Lagu Pula Curi Perhatian

Jelasnya, dia tidak mempunyai niat untuk menyindir mana-mana pihak dengan video tersebut.

Malah, dia memaklumkan bahawa tujuannya membuat video sedemikian adalah untuk membuat dirinya berdiri semula.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan ingin mengembalikan senyumannya yang telah lama hilang.

“Assalamualaikum. Senyum tanpa niat untuk menyindir sesiapa dalam isu yang sangat penting juga diputar agar menampakkan seperti saya sengaja mempermainkan isu yang sedang memberi impak besar dalam hidup saya dan keluarga.

“Saya maafkan semua yang mengambil kesempatan untuk keruhkan lagi keadaan. Saya hanya cuba untuk membuatkan diri saya berdiri semula dengan senyuman yang lama hilang.

“Saya juga minta maaf sekira dengan senyuman ini membuat ramai gembira dengan memutar belitkan perkara yang tidak ada asasnya.

“Semoga Allah ampunkan kita semua insyaallahuta’ala. Ameen,” tulisnya di Instagram Stories.

Artikel Berkaitan: “Saya Akan Gunakan Semua Peluang Untuk Selamatkan” – Aliff Aziz Enggan Cerai, Mahu Pertahan Rumah Tangga Dengan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Ku Dihukum Dimasuk Neraka Oleh Manusia” – Seakan Luah Rasa Hati, Aliff Aziz Kongsi Lirik Lagu ‘Deep’ Di IG

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

Atiqah Johari