Categories: SelebritiTrending

“Paling Tidak Saya ‘Tidak Munafik’ Dengan Pura-Pura Baik” – Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memuat naik sekeping foto dengan mengenakan busana serba putih di Instagramnya.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah kapsyen ‘makan dalam’ yang ditinggalkannya pada hantaran tersebut.

Katanya, dia mengakui dirinya mungkin bukanlah orang baik dan tidak memerlukan orang ramai untuk menganggap dirinya baik.

Malah, dia juga tidak berpura-pura untuk menjadi baik sehingga menjadi munafik.

“Mungkin saya bukanlah orang yang baik, dan saya tak perlu dianggap baik.

“Akan tetapi paling tidak saya ‘tidak munafik’ dengan berpura-pura baik,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti bersetuju dan memberi sokongan terhadap Bella.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Beraya Di Rumah Syed Saddiq, Netizen Komen: “Muka Ada Iras Selalunya…”

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Menjadi Pendengar Keluhan Bella Astillah” – Muaz Zabir Mengaku Silap, Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga Rakan Artis

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kalau Suami Hilang, Cari Di Rumah Kawan” – Bella Astillah Bagi Tips Padu

Atiqah Johari