“Warga Singapura Ramai Yang Baik Hati, Saling Bantu Dan Sokong Kami” – Ben Ali

Selebriti dan usahawan, Ben Ali menyifatkan adalah tidak adil untuk untuk membabitkan negara dalam sesuatu isu atau gosip yang timbul.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ben menjelaskan bahawa setiap masalah peribadi harus diselesaikan secara peribadi tanpa mengaitkan mana-mana negara.

Ujar suami kepada pelakon Nadiyah Shahab itu lagi, dia juga mengaku mengenali ramai warga Singapura yang baik begitu juga sikap rakyat Malaysia.

“Saya kenal ramai orang Malaysia dan juga Singapura. Adalah tidak adil jika apabila timbul sesuatu isu, negara dibabitkan. Gosip atau masalah sering akan berlaku baik dikedua-dua belah negara.

“Masalah peribadi harus diselesaikan secara peribadi dan adalah tidak adil untuk mengaitkan negara masing-masing.

“Dikedua-dua belah negara sememangnya akan ada individu-individu yang bermasalah. Tetapi dikedua-dua belah negara juga ada ramai lagi yang tidak bermasalah dan mempunyai nilai diri yang tinggi dan dihormati.

“Saya sendiri mengenali ramai warga Singapura yang amat baik hati. Saling bantu membantu. Sering menyokong kami dalam apa juga yang kami lakukan. Begitu juga orang Malaysia,” coret Ben.

Dalam pada itu, Ben juga menitipkan pesanan agar saling menghormati dan memohon semua pihak berhenti menyebarkan kebencian antara kedua-dua buah negara.

“Ini rumah kita. Kita alu-alukan mereka. Mereka juga amatlah mengalu-alukan kita. Kita perlulah saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Pucuk pangkalnya kita sama. Kita serumpun. Asal dari keturunan yang sama. Malah suatu ketika dahulu kita juga satu negara.

“Sebarkan kebaikan dan berhenti sebar kebencian. Tiada guna kita berbalah melibatkan dua negara. Banyak lagi masalah negara kita yang sendiri perlu jaga dan selesaikan. Marilah kita fokus dalam memajukan negara kita,” tutupnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila penerbit, Erma Fatima memberikan kenyataan berhubung isu yang membabitkan kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Kenyataan yang dikeluarkan penerbit drama Lelaki Itu itu dikatakan seolah melaga-lagakan rakyat Malaysia dan Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri ‘Selak Kain’ Selebriti Malaysia, Erma Fatima Gesa Sarah Yasmine ‘Get Out’… Minta Artis Terpalit Kontroversi Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong Hentikan Semua Ini! Erma Fatima Ajar Cara Buat ‘Report’ Polis? Netizen Berseloroh – “Tapi Kalau Kak Erma Ambil Artis ‘Bad Attitude Macam Ruhainies, Saya Boikot Cerita Tu”

Khairil Khusyairi