Hiburan By: SGMS Enal July 7, 2019 @ 10:54am

‘Tiada Istilah Kalah Menang…’- DS Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

Susulan kontroversi hadiah berlian palsu, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

Vida membacakan permohonan maaf semalam di kediamannya di Ipoh seperti yang termaktub dalam keputusan bersama sewaktu sesi mediasi yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur, 1 Julai lalu.

“Saya, Datuk Seri Vida secara terbuka memohon maaf kepada Wan Aishah Binti Wan Ariffin atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4.

“Semoga apa yang saya buat ini memberi kegembiraan kepada mereka yang menerima dan mereka yang menantikan keputusan daripada dulu sampailah sekarang, dah setahun lebih.

“Di sini saya ingatkan tiada istilah kalah menang tapi atas persetujuan bersama lahirlah tiga keputusan yang saya rasa walaupun nampak macam tak kisah tapi bagi saya dengan hati yang ikhlas dan rela,” katanya.

Terdahulu, Aishah telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini.

Ia susulan kemenangan Aishah dalam program realiti Gegar Vaganza 4 yang mendakwa Vida memberi hadiah kemenangan tempat pertamanya seutas gelang palsu.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Bapa Along Jinbara Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Along sekeluarga

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Rebecca Nur Islam Dikecam Netizen!

Ini gara-gara Datin Rebecca memegang lengan usahawan yang digelar ‘Datuk Terlajak Laris” iaitu Datuk Seri Aliff Syukri

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Habiskan RM8 Juta, Duit Allah Bagi Dia Tak Habis”- PU Amin Label Penerbit #MatKilau Sebagai Jutawan Ummah

Patut min tengok nama beliau kat ending credit… Ini gerangan orang-orang hebat!

Hiburan Thu, 13 Jul 2023

Cristiano Ronaldo Beri Salam, Alif Satar Respons: “Come On Brother, Repeat…”

InsyaAllah, mana tahu buka pintu hati CR7 satu hari nanti