Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 4, 2023 @ 6:13pm

“Orang Kata Makin Elok Makin Susah Dapat Jodoh” – Tyzo

Penyampai radio Suria FM, Tyzo menganggap kemenangan meraih trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 baru-baru ini adalah penghargaan buatnya.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris, berkata, jatuh bangun perjalanan karier seninya terbalas.

“Bukanlah riyak, Alhamdulillah itu satu penghargaan yang diberikan oleh pihak TV3 dan Berita Harian kepada saya.

“Sangat bersyukur selepas 25 tahun dalam industri, dahulu pernah berlakon dan menyanyi, kemudian menghilang seketika. Dan kini di bidang radio pula,” katanya menerusi temubual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Disoal mengenai apakah dirinya tidak mempunyai teman istimewa dalam hidupnya, Tyzo mengakui dia kini gembira dengan kehidupannya bersama seorang anak angkat lelaki bernama Noah Zachri

“Bertemankan anak, saya ada anak bernama Noah Zachri.

“Belum ada yang ‘serah diri’ tapi kalau ada jodoh, ada lah. Saya juga nak bahagia bersama orang lain tapi bukan senang.

“Orang kata makin elok makin susah dapat jodoh. Saya juga pernah bercinta, putus cinta, ditinggalkan serta meninggalkan.

“Semua orang pernah mengalami peristiwa itu, umur saya juga dah 57. Alhamdulillah, ‘cekang’ lagi,” ujarnya.

ABPBH 35 menyaksikan Tyzo merampas dominasi rakan setugasnya, DJ Lin yang membolot kategori berkenaan pada ABPBH 29, 32, 33 dan 34.

Dua dekad berkecimpung dalam dunia penyiaran radio, Tyzo pernah meninggalkan Suria FM pada 2012. Namun, kembali semula ke stesen berkenaan pada 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert SuriaVolusi Janjikan Kepuasan Kepada Warga Kelantan – “Hanya Persembahan Artis Lelaki…Kami Ikut Seratus Peratus Peraturan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

BLACKPINK’s ‘Kill This Love’ Takes Over Spotify

People are streaming the song like over and over again!

Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Sama cantik, sama padan! She tak pandang kekayaan.. She kan wanita berkerjaya 🤩🤩 Never settle for less orang kata 🤣

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

KALAU DAH JODOH TAK KE MANA!

Majlis pernikahan akan berlangsung di Sabah pada 18 Mac depan.

Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Fri, 23 Sep 2022

“Sebab Baru 9 Bulan…” – Sedang Mengenali Seseorang, Nasha Aziz Tersipu Malu Disoal Mengenai Bunga

Comel je tengok Nasha malu-malu cakap pasal teman istimewa tu 🙈🥰

Hiburan Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Hiburan Fri, 18 Oct 2024
error: Content is protected !!