Hiburan By: Khairil Khusyairi October 3, 2023 @ 3:45pm

Konsert SuriaVolusi Janjikan Kepuasan Kepada Warga Kelantan – “Hanya Persembahan Artis Lelaki…Kami Ikut Seratus Peratus Peraturan”

Setelah berjaya menarik tumpuan puluhan ribu pengunjung ke Karnival Mega Suria pada September lalu, kini Suria FM kembali turun padang dengan membawakan konsert SuriaVolusi pada Oktober ini.

SuriaVolusi yang dipersembahkan oleh Suria FM dan AC Gas, bakal menjelajah ke dua lokasi terpilih di Zon Pantai Timur juga Lembah Klang iaitu di The Curve, Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) dan seterusnya di KB Mall, Kota Bharu Kelantan pada 28 Oktober 2023 (Sabtu).

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, berkata, kerjasama antara Suria FM dan AC Gas pastinya memberikan kemeriahan kepada pengunjung di kedua-dua lokasi tersebut.

“SuriaVolusi merupakan sebuah konsert hasil gabungan kerjasama Suria FM bersama AC Gas yang pastinya bakal berikan kelainan buat para pengunjung dan pendengar setia Suria FM.

“Bagi tahun ini, kami buat sedikit penambahbaikan, kami customise untuk klien, kalau sebelum ini kami buat Jelajah Suria untuk promosi yang Suria anjurkan. Untuk SuriaVolusi ini istimewa untuk AC Gas, ada beza sedikit dengan Jelajah Suria dengan SuriaVolusi.

“Kami dah lama berhasrat untuk ke Kota Bharu khasnya, bawa keluarga Suria FM untuk bersua muka dan menghiburkan pendengar Suria FM di Pantai Timur, khususnya Kelantan Darul Naim.

“Sebelum ini mungkin ada beberapa kekangan yang tak dapat kami realisasikan hasrat itu, paling jauh adalah di Kuantan, Pahang. Tetapi untuk SuriaVolusi, kami duduk berbincang dengan AC Gas, mereka juga asal dari Kota Bharu.

“Sempena SuriaVolusi, kami nak hiburkan orang Kelantan, AC Gas juga nak beri kembali kepada penyokong dan pengguna,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran SuriaVolusi di ibu kota, pada Isnin.

SuriaVolusi

Mengulas mengenai persembahan di Kota Bharu, DJ Lin menjelaskan pihaknya bersama AC Gas akan mengikut segala peraturan yang ditetapkan malah hanya artis lelaki sahaja yang akan membuat persembahan.

“Kita ada pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang. Tetapi semuanya termaktub kepada peraturan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan.

“Kita memang ikut seratus peratus peraturan yang ditetapkan. Kami juga berbincang mengenai senarai artis yang bakal membuat persembahan. Untuk SuriaVolusi kami nak pastikan kemeriahan itu dirasakan semua nanti.

“Cuma senarai artis yang bakal membuat persembahan di Kelantan itu memang ada halangan, kita memang tak boleh bawa artis wanita langsung.

“Artis lelaki boleh menyanyi cumanya prosedur dia sangat ketat, lagu pilihan juga tak boleh bertentangan seperti lucah dan sebagainya. Bila di pentas juga tidak boleh terlalu meriah. Semuanya perlu terkawal.

“Senarai lagu juga kami sudah serahkan kepada pihak berkuasa tempatan dan Alhamdulillah kami juga buat penilaian terlebih dulu sebelum hantar kepada mereka,” jelasnya.

SuriaVolusi bakal  menampilkan persembahan artis popular seperti Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat, Renggo Arrow, Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah, Asraf Nasir dan ramai lagi di atas satu pentas!

Pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya, Cik Piah, Rara dan Tyzo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Victor李俊颉接拍《我要做业主》当男一

马港合作的动作电影《我要做特务》于上个月来马拍摄,日前电影公司梦行者集团乘胜追击,再度来马开拍《我要做业主》并找来Victor李俊颉当男一。

Trending Mon, 2 Jul 2018

13 Menteri, 23 Timbalan Angkat Sumpah Di Istana Negara

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Featured Wed, 26 Oct 2022

Percutian Jadi Detik Cemas, Ben Amir Dedah Ditahan Polis Hong Kong Seperti SWAT Gara-Gara..

Uishhh, seramnya min dengar detik cemas percutian Ben Amir di Hong Kong 🥵🥵

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Netizen Tersenyum Bila Erma Fatima Bawa Ibunya Beli Telefon

Video penuh dengan komen mencuitkan dari netizen. Tak percaya cuba tengok

Contest Thu, 25 Jul 2019
Trending Sat, 15 Jun 2019

Kerana Popular Belanda ‘Tertekan’ ?

Pelancong datang melancong boleh tertekan kenapa ya?

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Bob Lokman Jual Nasi Ayam Goreng Kampung Demi…

Untuk peminat di luar sana yang rindu nak jumpa Bob Lokman, jangan lupa sokong perniagaan Nasi Ayam Goreng Kampung dia ok? Pasti sedap!

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

《双世宠妃2》与《千年来说对不起》演员来马宣传

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》中国演员和《千年来说对不起》新加坡演员将来马宣传,与剧迷粉丝们一起同欢共乐!

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

IamNeeta Kecewa Lagu Lambat Siap?

Good luck Neeta & team!

error: Content is protected !!