Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 11, 2022 @ 3:41pm

“Story Of My Hijrah” – Akui Iman Turun Naik, Mia Ahmad Dedah Perjalanan Untuk Kekal Istiqamah

Pelakon Mia Ahmad tampil berkongsi perjalanan hijrahnya untuk menjadi seorang insan yang istiqamah sepanjang kerjayanya bergelar anak seni.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mia menyatakan penghijrahannya bermula selepas dia membuat keputusan untuk berhenti bekerja di sebuah syarikat penerbangan terkemuka.

“Kita semua ada zaman kegemilangan itu.  As for me, my hijrah starts after I resigned dari sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.

“Waktu tu I masih mencari cari diri I sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh my parents dari kecik, I tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup I.

“Betul lah bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah buka kan jalan untuk kita. Lepas tu tak berhijab lagi tapi niat tu dah ada.

“Cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Susulan perkongsian tersebut, Mia juga mengakui ada kalanya imannya mudah terganggu setelah dirinya mula menceburi bidang lakonan.

“Saya cuba nasib pergi casting dan adalah beberapa job TVC yang saya dapat. And buat ‘extra’ sampai lah dapat offer untuk pegang watak heroin. Along the way tu iman turun naik juga rasa susah nak istiqomah,” katanya.

Namun, pelakon itu menyatakan dia kini lebih tenang selepas mendapat hidayah yang dicari biarpun masih menganggap dirinya belum cukup sempurna dan baik.

“Inilah antara perjalanan kehidupan saya. Saya bukan suci malah jauh lagi nak jadi orang yang baik.

“Tapi big step yang saya ambil tu lah (hijrah) memberi saya satu arah dan tujuan sebenar kehidupan yang saya cari. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 18 Dec 2018

13张「想像力太丰富的人不宜观看」的照片

倘若你的想像力太丰富,看成别的东西,摄影师恕不负责!到底是什么照片?立刻一起看下去!

Trending Tue, 17 Mar 2020
Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Potret Keluarga Aliff Aziz Raih Tumpuan, Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah ‘Ditutup’?

ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahi meraih tumpuan ramai selepas didakwa ‘menutup’ wajah bekas menantunya, Bella Astillah. 

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Thu, 9 May 2019

三个女人一个墟!三大亚洲天后齐聚云顶大抛笑弹

叶丽仪、陈洁灵及玛利亚三位亚洲天后齐聚云顶,将于8月10日带来一个疯狂搞笑的音乐盛宴!

error: Content is protected !!