Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 15, 2022 @ 8:34pm

[VIDEO] “Tips Ni Untuk Kucing Ke?” – Minum Banyak Susu Boleh Mengundang Kutu, Netizen Persoal Maklumat Ustazah Viral

Semakin dikenali dengan isu suami dayus membiarkan isteri bersalin menggunakan khidmat doktor lelaki, Ustazah Siti Afifah sekali lagi mencetuskan kecaman netizen.

Kali ini tentang isu minum susu dalam kuantiti yang berlebihan akan menyebabkan kehadiran kutu.

Menerusi perkongsian di TikTok @sunnahtidakberbohong, ustazah viral ini menjawab pertanyaan individu tentang kesan minum susu yang banyak.

“Kalau kita minum terlampau banyak susu bolehkah?,” soalan ditanya.

“Kadang-kadang bila kita minum susu terlampau banyak, salah satunya ia akan mengundang kutu.

“Ramai yang tak tahu tetapi bila kita minum terlampau banyak susu akan mengundang kutu. Tahu ke tak tahu ni?,” ujarnya kepada penonton.

@sunnahtidakberbohong #akibatminumsusuberlebihan #masalahkutidakpernahhabis #sunnahtidakpernahberbohong #43jenamaELHUBBstpb #halwailaajprodukELHUBB #sempenamaulidurrasul😘😘 ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sumber maklumat yang perolehi ustazah itu sama ada betul atau tidak.

“Ambil research dari mana ni.

“Siapa ajar dia ni,” komen netizen.

Malah, ada juga yang turut terhibur dengan jawapan yang diberikan.

“Kutu apa tu? Kalau duit kutu best juga.

“Tips ni untuk kucing ke?,” kata netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Apr 2022
Featured Mon, 20 Apr 2026

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

Hiburan Mon, 13 Jan 2025
Featured Fri, 24 Feb 2023
Trending Mon, 20 Jan 2025
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan […]

Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

error: Content is protected !!