Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 20, 2025 @ 2:15pm

Tampil Dengan Single Pop Moden Terbaru, Amira Othman Jawab Soalan “Bila Nak Kahwin?”

Penyanyi dan pelakon berbakat, Amira Othman kembali memeriahkan industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharunya yang berjudul “Bila Nak Kahwin?”.

Diedarkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama Emiera Othman Ventures, lagu ini dicipta oleh komposer terkenal Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.

Dengan gabungan mesej yang mendalam dan elemen muzik yang segar, lagu ini tampil berbeza daripada karya-karya sebelumnya, namun sangat relevan dengan kehidupan masyarakat masa kini.

Lagu Berdasarkan Realiti Kehidupan

Memulakan kerjaya seni pada 2013, Amira sering kali menerima pelbagai pertanyaan mengenai kerjaya dan kehidupan peribadinya.

Justeru, ini memberikan inspirasi kepadanya untuk menulis lirik lagu terbaharunya itu dengan mesej yang ingin disampaikan kepada pendengar.

“Saya yakin lagu ini sangat dekat dengan ramai orang. Tanpa disedari, ia memberi semangat kepada mereka yang selalu menghadapi situasi yang sama. Saya cuba melihatnya dari sudut positif dan menjadikannya sebagai inspirasi dalam penulisan lagu ini,” katanya.

Proses kreatif dalam penghasilan lagu ini semakin menarik dengan bantuan Iqie Hugh dan Omar K, yang berjaya mengubah pengalaman peribadi Amira menjadi melodi dan lirik yang penuh dengan kreativiti.

Gabungan Elemen Tradisional dan Moden

Lagu “Bila Nak Kahwin?” ini turut menampilkan elemen muzik pop moden dengan sentuhan klasik seperti bunyi alat muzik akordion yang memberikan lagi nuansa unik sehingga menjadikan lagu tersebut sedap di dengar dan mudah diterima masyarakat.

“Saya mahukan kelainan dalam lagu ini sambil mengekalkan melodi yang segar. Namun, saya juga cuba mengimbau kembali gaya lagu-lagu lama seperti ‘Hati Hati’ dan ‘Jaga Jaga’,” jelasnya.

Proses rakaman lagu ini juga dikhabarkan hanya mengambil masa sekitar 3 hingga 4 jam menjadikannya pengalaman yang pantas tetapi penuh makna bagi Amira.

Lebih istimewa, ini merupakan kali pertama Amira berjinak-jinak dalam penulisan lirik bersama dengan kedua-dua komposer tersebut.

Konsep Muzik Video Yang Dekat Dengan Kehidupan

Muzik video bagi lagu “Bila Nak Kahwin?” dijangka mendapat sambutan yang hangat apatah lagi pelakon popular, Fattah Amin turut menjadi sebahagian daripada  muzik video berkenaan.

Justeru, Amira berharap dapat menyampaikan mesej tentang kepercayaan kepada takdir Ilahi kepada para pendengar.

“Soalan cepu mas seperti ‘Bila nak kahwin?’ itu pasti biasa didengar oleh ramai orang, dan MV ini cuba menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan seharian.

“Saya ingin mengingatkan semua bahawa jodoh, rezeki, dan masa depan kita semuanya ditentukan oleh Tuhan. Saya harap lagu ini boleh menjadi sumber inspirasi bagi mereka yang sering diajukan soalan yang sama seperti saya,” ulasnya.

Amira turut berharap agar lagu ini diterima baik bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di pasaran antarabangsa.

Malah, dapat menjadi tular di platform media sosial seperti TikTok dan memberikan impak yang besar kepada peminat dan pendengar muzik.

 

Sekadar info, lagu “Bila Nak Kahwin?” kini boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Apple Music, Joox, Spotify, dan YouTube Music.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan melalui semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar single terbaru dari Amira Othman yang pasti memberikan keceriaan dengan mesej positif dan muzik yang segar. Juga, jangan lupa untuk berkongsi pengalaman anda dengan hashtag #BilaNakKahwin di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] “Bagi Isteri Makan Dulu, Baru Kita Makan” – Ramai Puji Sikap Prihatin Datuk K Terhadap Siti Nurhaliza, Anak & Menantu!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @norazlin67 yang memaparkan gelagat keluarga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjamu selera di sebuah kedai makan. Berdasarkan hantaran tersebut, suami kepada Siti, iaitu Datuk […]

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

“Kalau Keluar Dari Rumah Ini, Hidup Akan Merana Sebab Dunia Luar Terlalu Keras” – Aliff Syukri Tegur Anak-Anak Jangan Leka Dengan Kemewahan

Aliff menjelaskan dia sengaja tidak mahu membiasakan anak-anak dengan kehidupan terlalu mewah kerana mahu mereka lebih bersedia

Trending Fri, 24 Jul 2020
Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Featured Wed, 30 Mar 2022

#WhazzupNetizen: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson, Will Smith Tempeleng Chris Rock & Pensyarah Hina Golongan B40

Segala komen baik positif mahupun negatif dilemparkan oleh netizen ya.. Fuh, panass 🔥

error: Content is protected !!