Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 26, 2021 @ 11:49am

Bantuan Tambahan RM500 Buat Golongan B40 & Penerima BPR, Bayaran Mula Dibuat Pada…

Seperti sedia maklum,  pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi fokus dalam memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.

Malah, bantuan di bawah PEMERKASA lebih tertumpu kepada golongan rentan, kurang upaya dan mereka yang kehilangan sumber pendapatan akibat kehilangan pekerjaan.

Justeru itu, bantuan RM500 secara one-off serta tambahan RM500 akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan rendah.

Bantuan tambahan RM500 one-off

Dalam PEMERKASA, kerajaan teah memperuntukkan 1.2 billion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan.

  • Bantuan Tunai secara one-off RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan
  • Bayaran Tambahan RM500 kepada penerima BPR ynag berpendapatan RM1,000 ke bawah

Golongan yang layak

Bantuan secara one-off ini layak kepada penerima yang ;

  1. Individu kehilangan pekerjaan
  2. Golongan rentan dan kurang upaya
  3. Peneriam BPR dengan pendapatan RM1,000 ke bawah

Bantuan ini juga hanya melibatkan penerima yang berumur 21 tahun hingga 60 tahun.

Tarikh bayaran bantuan

Bayaran bantuan ini akan dibayar ke akaun penerima pada;

  • Tarikh bayaran bantuan RM500 adalah pada Jun 2021

Permohonan bantuan tambahan RM500

Bagi pemohon bantuan tambahan RM500, permohonan haruslah;

  1. Bantuan RM500 one-off tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
  2. Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui LHDN, KWSP dan PERKESO
  3. Bagi individu berstatus bankrupt pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan kerajaan
  4. Kelonggaran akan diberikan untuk membuka akaun bank dalam talian melalui permohonan e-mel ke Jabatan Insolvensi Malaysia yang mentadbir kes mereka

Untuk makluman, sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

 

Sumber : LHDN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jun 2025

Penyanyi Rap Ditahan Seludup 86 Kilogram Dadah

Sebanyak 103 bungkusan ditemui oleh pihak berkuasa Laos.

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Tak Anti Lelaki, Cuma Banyak Yang…” – Serah Soal Jodoh Kepada Allah, Madam Mariyah Mahu Fokus Bina Empayar

Tidak pernah menutup pintu hati terhadap jodoh, Madam Mariyah fokus bina empayar.

Hiburan Fri, 12 Aug 2022

“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

Wahhh! Kalau memang berjodoh apa salahnya kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

Featured Thu, 26 May 2022

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Haa ada yang dah bagi hint tu… agak-agak Shuk jealous tak? 😂

Hiburan Mon, 7 Oct 2024

Langgar Perintah Mahkamah Sebar Aib Fattah Amin? Peguam Maklum Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara – “Nak Terus Fitnah? Tanggunglah Dosa”

‘Mahkamah boleh keluarkan notis penjara kerana tidak laksanakan perintah yang sudah ditandatangani’ – Peguam Fattah Amin

Featured Mon, 17 Oct 2022

Jawab Isu ‘Tayang’ Badan, Fadlan Hazim Kini Lebih Peka Jaga Aurat – “Saya Cuma Nak Beri Motivasi…”

Pelakon Fadlan Hazim menjelaskan isu kontroversi melibatkan trend artis lelaki yang dikatakan sengaja menunjukkan bentuk badan kepada umum bukanlah perkara baru. Menurut Fadlan, 30, setiap benda yang dilakukan mempunyai niat dan tujuan tersendiri malah, niatnya […]

error: Content is protected !!