Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 17, 2022 @ 10:00pm

Jawab Isu ‘Tayang’ Badan, Fadlan Hazim Kini Lebih Peka Jaga Aurat – “Saya Cuma Nak Beri Motivasi…”

Pelakon Fadlan Hazim menjelaskan isu kontroversi melibatkan trend artis lelaki yang dikatakan sengaja menunjukkan bentuk badan kepada umum bukanlah perkara baru.

Menurut Fadlan, 30, setiap benda yang dilakukan mempunyai niat dan tujuan tersendiri malah, niatnya berkongsi gambar tayang badan adalah sekadar mahu memberi motivasi kepada peminat dan pengikutnya sahaja.

“Sebenarnya benda tu terpulang kepada tujuan diorang tayang badan. Macam saya fikir, saya tayang badan, just tayang badan, itu sahaja. Cuma nak try motivate orang terutamanya pengikut dan peminat agar menjalani gaya hidup sihat,” katanya.

Sementara itu, Fadlan mengakui dia tidak akan menayangkan badan secara berlebihan atau secara terbuka demi menjaga auratnya.

“Asalkan benda tu tidak berlebihan dan terlalu terbuka tak ada masalah. Cuma saya akan elak dari menunjukkan aurat saya,” jelasnya.

Terdahulu, Fadlan tampil mengakui kesilapannya yang lalu apabila dilihat sering memuat naik foto seksi dilaman sosial miliknya. Malah, sejak akhir-akhir ini beberapa rakan artis juga turut  melakukan perkara sama sehingga menerima pelbagai komen berunsur lucah dilaman sosial masing-masing.

 “Saya ada salah saya juga sebelum ini… Daripada kesilapan itu, kalau korang boleh tengok saya dah jarang kongsi gambar yang agak menunjukkan tubuh badan. Maknanya,,saya dah sedar, saya tak sepatutnya share dan saya patut hormatlah. Tak semua orang boleh terima,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Transformasi Alvin Chong Bikin ‘Cair’, Badan Makin Seksi Punca Netizen Titip Komen Lucah

Sumber: Murai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
Trending Tue, 4 Dec 2018

Wow! Jumpa Motor Semula Dengan Bantuan GPS Tracker?

Ekoran daripada GPS Tracker yang dipasang di motor lelaki ini, lambakan kenderaan lain turut dijumpai di tempat kejadian.

Trending Wed, 20 Mar 2019

Bacaan Surah Al-Baqarah, Iringi Para Syuhada Tragedi Christchurch Buat Ramai Sebak

Terasa sebak pula bila menghayati terjemahan dari Surah Al-Baqarah ni. Semoga perjalanan para syuhadah kita memberi 1001 makna buat kita

Trending Tue, 30 Apr 2019
Hiburan Tue, 8 May 2018

Riri Bakal Kahwin Jutawan Arab?

Hassan masih belum melamar Rihanna namun jika dia melakukannya sudah pasti Rihanna akan bersetuju dengan lamaran tersebut.

Trending Tue, 21 Jul 2020

Sempadan Singapura-Malaysia Dibuka 10 Ogos Ini

Perhatian buat mereka yang bekerja di Singapura..

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Bertemu Sehari Sebelum Ramadan, Nelissa Nizam Syukur Kemelut Dengan Ibu Berakhir 

Nelissa Nizam sifatkan perselisihan faham dengan ibu satu ujian

Events Wed, 31 Oct 2018
Featured Fri, 5 May 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023
error: Content is protected !!